[VIDEO] Acah nak beli air kelapa, 3 mat motor ragut rantai emas peniaga di Bukit Mertajam


  • Tular
  • Khamis, 16 Mei 2024

Tangkap layar kes ragut membabitkan tiga penunggang motosikal yang merampas rantai emas dari seorang peniaga di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Khamis.

SATU kejadian ragut berlaku membabitkan tiga individu penunggang motosikal dan seorang peniaga di Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang pada Khamis.

Kejadian berlaku apabila pelaku terlebih dahulu berpura-pura sebagai pembeli sebaik tiba di gerai terbabit.

Namun, situasi berubah apabila mangsa yang dikatakan berniaga air kelapa di situ, secara tiba-tiba didatangi salah seorang lelaki yang kemudiannya merampas rantai emas dipercayai milik isterinya.

BACA LAGI: [VIDEO] Dua peragut berputih mata lepas dicekup orang awam di Batu Kawa

BACA LAGI: [VIDEO] Berang kena tumbuk punca maskot belasah lelaki berkerusi roda sampai berdarah di Melaka

Insiden terbabit dirakamkan menerusi kamera dashcam pemandu yang secara kebetulan berada di lokasi kejadian.

Tersentak dengan tragedi tersebut, peniaga berkenaan pantas mengejar si pelaku, cuba mendapatkan semula barangan kemas yang dirampasnya.

Gagal dihentikan mana-mana individu, ketiga-tiga lelaki berkenaan meloloskan diri selepas memecut laju dari kawasan terbabit.

Belum ada sebarang kenyataan polis berkaitan kes itu setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram