Presiden Iran, Menteri Luar sah maut dalam nahas helikopter terhempas


  • Benua
  • Isnin, 20 Mei 2024

Helikopter dinaiki Presiden Iran, Ebrahim Raisi ditemukan musnah terbakar dan disahkan tiada mangsa terselamat. — Agensi

KERAJAAN Iran mengesahkan Presiden Ebrahim Raisi terkorban dalam nahas helikopter terhempas di barat laut negara itu pada Ahad.

Beberapa media tempatan dalam laporannya turut mengesahkan kematian Menteri Luar, Amirabdollahian bersama beberapa individu lain yang menaiki pesawat tersebut.

Perkembangan terbaharu itu dilaporkan kurang sejam selepas pasukan penyelamat menemukan lokasi bangkai helikopter yang dinaiki Ebrahim.

Menurut pasukan penyelamat, keseluruhan kabin helikopter tersebut musnah terbakar dan Presiden Iran dan Menteri Luar Hossein Amirabd disahkan meninggal dunia berikutan kejadian tersebut.

"Helikopter Presiden Raisi terbakar sepenuhnya dalam nahas itu dan malangnya, semua penumpang maut," lapor media Reuters pada Isnin.

BACA LAGI: [VIDEO] Dron Turki kesan haba, dipercayai helikopter terhempas Presiden Iran

BACA LAGI: AS minta Iran benarkan Israel serang balas demi jaga maruah — Sumber

Helikopter yang membawa Presiden Iran terhempas di Ebrahim Raisi di barat laut negara itu pada Ahad. — REUTERS

Terdahulu, kenderaan udara tanpa pemandu, dron (UAV) Bayraktar Akinci Turki berjaya menemui punca haba dipercayai serpihan helikopter tersebut.

Kementerian Pertahanan Turki dalam pada masa sama menugaskan UAV Akinci dan helikopter jenis Cougar dengan keupayaan penglihatan malam untuk menyertai aktiviti pencarian terbabit.

Untuk rekod, helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi bersama pegawai kanan disahkan terhempas di barat laut Iran, pada Ahad.

Beliau difahamkan dalam penerbangan pulang daripada sebuah majlis bagi merasmikan pembukaan empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan, sebelum helikopter dinaikinya terhempas sewaktu mendarat di wilayah Varzaqan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram