Motivasi kefahaman dorong suspek serangan Ulu Tiram bertindak sendirian, tiada kaitan Jemaah Islamiah — Menteri


  • 112
  • Sabtu, 18 Mei 2024

Suspek bertindak sendirian didorong motivasi kefahamannya malah dia dan keluarga juga tidak bercampur masyarakat, kata menteri.

POLIS mengesahkan suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor pada Jumaat bertindak sendirian didorong motivasi dan kefahamannya sendiri.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kenyataan itu dibuat selepas polis selesai mengambil keterangan 46 individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan terbabit.

"Siasatan awal polis mendapati, suspek bertindak sendirian didorong motivasi kefahamannya malah dia dan keluarga juga tidak bercampur masyarakat.

BACA LAGI: Suspek serang Balai Polis Ulu Tiram bawa 'shield', mahu rampas senjata api — KPN

BACA LAGI: Lapan individu dipanggil beri keterangan bantu siasatan kes resit pesanan piza hina Islam

"Oleh itu, serangan suspek di Balai Polis Ulu Tiram adalah terpisah daripada misi besar atau kumpulan terancang yang boleh dikaitkan dengan gerakan Jemaah Islamiah (JI).

"Insiden pada Jumaat bukan mengancam keselamatan awam seperti persepsi ramai, mahupun laporan segelintir media.

"Jadinya, kita gesa orang ramai, pihak media henti sebar spekulasi berkaitan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Johor, pada Sabtu.

Terdahulu, negara digemparkan dengan serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, hingga mengakibatkan kematian dua anggota manakala seorang anggota mengalami kecederaan.

2700948

Dua anggota polis yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.

Lebih menyedihkan, kedua-duanya baru sahaja dua tahun bertugas sebagai polis.

Dalam perkembangan sama, Kedua-dua jenazah telah dibawa keluar pada 9.15 pagi Sabtu selepas bedah siasat selesai dilakukan pada Jumaat. Jenazah dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Johor untuk disembahyangkan serta diberi penghormatan terakhir.

Selepas itu, kedua-dua jenazah akan dihantar ke kampung halaman masing-masing iaitu Bidor, Perak serta Kuantan, Pahang.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, dalam kejadian itu suspek yang dipercayai merupakan anggota Jemaah Islamiyah (JI) turut ditembak mati di lokasi kejadian.

Susulan kejadian itu, polis telah menyerbu rumah suspek dan tangkapan dibuat terhadap lima ahli keluarganya yang berusia lingkungan 19 hingga 62 tahun. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram