POLIS Johor menahan seorang pemandu kereta Honda Civic selepas bertindak memandu kereta secara lawan arus sekitar pukul 3 pagi Jumaat.
Menerusi rakaman tular di media sosial, pemandu kenderaan terbabit selamba memandu secara arah bertentangan atau songsang sehingga membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Turut dilihat, terdapat beberapa kenderaan lain dari arah bertentangan terpaksa memperlahankan dan mengelak kereta suspek.
BACA LAGI: [VIDEO] Polis Johor tahan warga Bangladesh tiada lesen pandu kereta lawan arus
BACA LAGI: Ibu kongsi kisah bayi hampir maut gara-gara air masak, pakar beri sebab sebagai pengajaran
Dalam pada itu, tindakannya turut dikesan pihak polis yang bertindak mengejar kenderaan terbabit sebelum menghentikan kenderaannya di bahu jalan.
Setakat berita ini ditulis, belum ada kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu.
Berdasarkan komen di media sosial, rata-rata mengecam tindakan suspek terutamanya apabila nombor pendaftaran kenderaan itu cuma dua angka, seolah-olah 'kebal' daripada dikenakan tindakan undang-undang.
Lokasi sebenar kejadian juga belum dapat dipastikan setakat ini.
Sebelum ini, terdapat kes yang sama melibatkan seorang warga Bangladesh yang bertindak memandu kereta secara melawan arus di Kilometer 26.5 Jalan Johor Bahru-Mersing, Johor dalam kejadian pada 11 Februari lepas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram