Rakyat meluat jika PRK lagi sebab 'surat arahan', pemimpin BERSATU dipesan jangan 'selfish' — Penganalisis politik


  • Politik
  • Sabtu, 18 Mei 2024

Berkemungkinan besar rakyat perlu mengundi lagi di enam kawasan Parlimen yang dimenangi BERSATU. — Bernama

MAJLIS Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akhirnya memberikan surat yang mengeluarkan arahan khusus kepada enam wakil rakyat yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin memberikan tempoh 14 hari mulai Jumaat, untuk 'surat arahan' itu dijawab atau risiko kehilangan keahlian parti akan dikenakan kepada pemimpin terlibat.

Jelasnya, jika situasi itu berlaku, mereka berkemungkinan besar perlu mengosongkan kerusi sekali gus memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK).

BACA LAGI: [VIDEO] Tujuh wakil rakyat BERSATU ada 14 hari balas surat, berisiko hilang keahlian parti

BACA LAGI: ADUN Kupang dedah kes pecah rumah libatkan warga emas tinggal sendiri makin berleluasa di Kuala Pegang

Hamzah dalam pada masa sama tegas menyatakan pendiriannya bahawa Perikatan Nasional akan kekal sebagai pembangkang dan terus berusaha membawa suara rakyat ke Parlimen.

Mengulas lanjut hal itu, penganalisis politik, Profesor Dr Rusdi Omar berpendapat, situasi itu hanya akan menambah derita rakyat dan kesudahannya tidak menyelesaikan masalah kecuali kepada kepimpinan parti tersebut.

"Parti politik sebaiknya selesaikan isu macam ini secara dalaman, tiada keperluan sebenarnya untuk mengeluarkan surat bersifat amaran kepada wakil rakyat atas masalah ditimbulkan.

"Ia boleh diselesaikan secara baik, setiap pemimpin parti perlu bersifat lebih terbuka untuk mengadili secara saksama, paling penting jangan pentingkan diri dan menjejaskan keutamaan rakyat.

berrr

Bersatu kini cuba menyelesaikan isu dalaman yang menyaksikan enam Ahli Parlimen 'berpaling sokongan' terhadap Perdana Menteri.

"Surat arahan dalam tempoh 14 hari itu mungkin boleh menjerumus ke arah isu lebih besar iaitu PRK kali kedua jika wakil rakyat terlibat enggan membalasnya.

"Sudahnya, rakyat akan meluat dengan pilihan raya yang tidak mendatangkan hasil sebaliknya, musnah akibat sifat pentingkan diri segelintir pemimpin parti itu," katanya kepada Majoriti.

Menurutnya lagi, tindakan melompat parti ataupun berpaling tadah merupakan hak masing-masing kerana ia bersifat subjektif.

"Keputusan enam ahli Parlimen yang menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri sepatutnya dinilai dari sudut positif kerana percanggahan itu boleh diselesaikan dalam mangsa singkat.

"Jika PRK diadakan sekali lagi, kerajaan juga yang akan susah kerana terpaksa keluarkan bajet tetapi isu rakyat tidak juga diselesaikan.

"Rakyat ketika ini mahu dibantu dari segi kos sara hidup dan ekonomi, bukannya sekadar turun mengundi tetapi masalah tetap sama," tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram