[VIDEO] 'Terima kasih orang baik', pemandu sanggup redah bahaya demi bantu pasangan India bawa anak kecil


  • Tular
  • Khamis, 16 Mei 2024

Tangkap layar sebuah keluarga berbangsa India terpaksa berjalan kaki di lorong kecemasan lebuh raya kerana tayar motosikal dinaiki bocor.

SEORANG pemandu lelaki meraih pujian warganet susulan tindakan murninya yang sanggup meredah bahaya demi membantu pasangan berbangsa India yang ditimpa kesusahan di lebuh raya berhampiran Hentian Rehat Jejantas Sungai Buloh, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Pasangan terbabit yang juga bersama seorang anaknya ketika kejadian, dilihat terpaksa berjalan di lorong kecemasan kerana tayar motosikal dinaiki bocor.

Menyedari situasi tersebut, pemandu yang tidak dikenali identitinya itu tampil membantu dengan menumpangkan wanita dan anaknya hingga ke hentian stesen minyak berhampiran.

BACA LAGI: [VIDEO] Polis India selamba buang sisa badan warga emas mangsa kemalangan dalam terusan

BACA LAGI: [VIDEO] Anak saudara saintis terkemuka India maut nahas bas di Melaka

Memandu perlahan di lorong kecemasan bersama penunggang motosikal terbabit, keluarga tiga beranak itu difahamkan ingin ke Petaling Jaya ketika kejadian.

Meskipun bantuan dihulurkan tidak seberapa, namun rakaman tular itu meraih perhatian di laman Twitter dan sikap prihatin individu berkenaan dipuji ramai.

"Tolong menolong tak kira bangsa, terima kasih orang baik," ciap hantaran tersebut di Twitter. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram