Dua anggota maut ditembak dan ditetak, suspek bertopeng serang Balai Polis Ulu Tiram


  • 112
  • Jumaat, 17 Mei 2024

Dua anggota polis maut selepas diserang individu yang menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi Jumaat.

DUA anggota polis maut manakala seorang anggota mengalami kecederaan selepas Balai Polis Ulu Tiram, Johor diceroboh seorang lelaki pada awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, dalam kejadian itu suspek turut ditembak mati di lokasi kejadian.

Menurutnya, anggota polis dan suspek yang maut dihantar ke bahagian forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) sementara anggota yang mengalami kecederaan dirawat di hospital berkenaan.

BACA LAGI: Anggota JI dalang serangan Balai Polis Ulu Tiram — Ketua Polis Negara

BACA LAGI: 'Kalau jodoh... apa salahnya', Sanusi jawab dakwaan kahwini wanita Pahang

"Pihak kita sesal dengan kejadian yang berlaku. Siasatan awal mendapati anggota ditetak dan ditembak. Siasatan lanjut dijalankan polis," katanya pada Jumaat.

Menerusi maklumat awal yang dikongsikan, suspek lelaki yang bertopeng dan berpakaian gelap menyerang balai polis tersebut dengan bersenjatakan parang kira-kira pukul 2 pagi.

Suspek bertindak mencederakan dua anggota polis yang bertugas dan merampas dua laras senjata serta melepaskan dua das tembakan terhadap seorang anggota hingga menyebabkan kecederaan di bahu dan perut.

Mangsa dikenali sebagai Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang ditetak di belakang leher dan kepala serta Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said yang ditembak di bahu dan perut. The Star/REMAR NORDIN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram