Lebih 10 peratus rakyat Malaysia tolak rawatan perubatan kerana faktor kewangan


  • Massa
  • Khamis, 16 Mei 2024

Kajian NHMS 2023 melaporkan rata-rata rakyat Malaysia enggan mendapatkan rawatan kesihatan kerana faktor kewangan. — Gambar hiasan

KAJIAN Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 mendedahkan kira-kira 12.9 peratus rakyat Malaysia menahan diri daripada mendapatkan rawatan perubatan atas faktor kewangan sepanjang tahun lalu.

"Kajian responden mendapati bahawa kebanyakan masyarakat mengelak daripada menerima rawatan adalah atas faktor kos rawatan terlalu mahal, tidak mampu memberi ubat-ubatan dan kekurangan wang," lapor tinjauan tersebut.

NHMS 2023 telah meninjau seramai 9,177 orang awam dengan kadar tindak balas 26.5 peratus antara 21 Julai hingga 13 Oktober tahun lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Rakyat bayar cukai untuk fasiliti tapi kesal Rohingya penuh di Klinik Kesihatan

BACA LAGI: 'Bayangkan jika perkhidmatan kesihatan kita lumpuh dan beralih ke swasta'

Laporan itu juga menyatakan bahawa terdapat banyak aduan orang ramai mengenai kesesakan dan masa menunggu yang lama di hospital awam.

Menurut laporan itu, terdapat penurunan dalam penggunaan sektor kesihatan kerajaan daripada 64.2 peratus pada 2019, kepada 48.9 peratus pada tahun lalu.

“Ini menunjukkan peningkatan ketara dalam penggunaan perkhidmatan pesakit luar swasta dalam kalangan penduduk di Malaysia berbanding empat tahun lalu,” kata laporan itu.

Tambahnya lagi, pada masa sama, terdapat peningkatan dalam penggunaan pesakit luar daripada 8.1 peratus pada 2019, kepada 12.5 peratus ​​pada 2023.

Menurut laporan itu, 61.5 peratus daripada lawatan pesakit luar dibayar oleh pesakit atau ahli keluarga masing-masing.

Sejumlah 18.2 peratus pesakit telah membiayai perkhidmatan perubatan mereka melalui insurans, manakala 11.8 peratus rakyat Malaysia terdiri daripada warga emas dan penderma darah dikecualikan daripada yuran perubatan, kata laporan tersebut.

Dalam pada itu, hanya satu perempat, atau 8.6 juta rakyat Malaysia telah mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan pergigian.

“Secara purata, Malaysia mencatatkan sebanyak 33 lawatan dari setiap 100 orang penduduk ke klinik gigi pada 2023.

“Berbanding negara lain, purata lawatan ke klinik gigi yang dilaporkan dalam tempoh setahun pula adalah antara 47 hingga 160 lawatan bagi setiap 100 orang penduduk,” kata laporan itu.

NHMS 2023 dilancarkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad pada Khamis. — The Star / TARRENCE TAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram