[VIDEO] Rakyat bayar cukai untuk fasiliti tapi kesal Rohingya penuh di Klinik Kesihatan


  • Massa
  • Khamis, 09 Mei 2024

Sepasang suami isteri dipercayai kaum Rohingya membawa anak mereka ke klinik untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

RATA-RATA warga maya menyuarakan ketidakpuasan hati susulan dakwaan kebanyakan klinik kesihatan di negara ini sering dipenuhi dengan kehadiran pelarian etnik Rohingya yang menetap di Malaysia.

Menerusi ciapan di laman X (Twitter) @Kuasaaliens pada Rabu, pengguna media sosial itu berkongsi suasana di sebuah pusat kesihatan dan kelihatan sepasang suami isteri warga Rohingya membawa bersama anak mereka difahamkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Bagaimanapun, situasi itu tidak disenangi segelintir warga maya yang beranggapan kemudahan yang disediakan kerajaan kepada rakyat seolah-olah 'dirompak' dengan kehadiran mereka.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Bila nak gempur Selangor, Kelantan, Johor?', rakyat tanya KPDN lepas serbuan kedai sorok minyak masak peket di Port Dickson

BACA LAGI: [VIDEO] Warga asing kantoi rembat minyak peket bersubsidi, sumbat dalam but van di Klang

Lambakan pelarian etnik Rohingya di Malaysia dikatakan telah memberi kesan terhadap sosial budaya di negara ini.

"Rakyat bayar cukai untuk kemudahan tapi Rohingya penuh di klinik kesihatan dengan bermodalkan surat fotostat UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian, setiap tahun lahirkan anak b******.

"Hak rakyat dicuri pelarian haram," ciapnya.

Menjengah ke ruangan komen, tidak sedikit pengguna media sosial yang mempersoalkan kemudahan yang diterima warga asing berkenaan.

Malah terdapat juga gesaan daripada pengguna media sosial agar pihak Kementerian Kesihatan (KKM) memandang isu ini secara lebih serius.

Menurut @shahajeaku, dia yang bertugas di sebuah hospital turut mengakui hampir setiap hari pusat perubatan tersebut dikunjungi oleh masyarakat Rohingya yang mahu mendapatkan rawatan.

"Saya yang bekerja di hospital pun pening dengan isu ini. Bukan sikit ya mereka ini, berlambak-lambak.

"Boleh dikatakan setiap hari ada kelahiran datang daripada bangsa ini dan kebanyakannya tidak ada dokumen, nak tak nak, KKM kena layan macam orang Malaysia juga puak-puak ini," ujarnya.

"Duit dana UNHCR pergi mana? Bukan ke UN (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) kena buka satu kem pelarian dan bina semua kemudahan dalamnya (seperti) yang disebut dalam laman web UNHCR? Satu apa pun tak boleh pakai," kata @Fahmi_Ismail87.

"Sepatutnya kena wujudkan satu kawasan atau wad untuk warga asing, segala perbelanjaan kena tuntut daripada kedutaan mereka.

"Untuk Rohingnya perlu tuntut UNHCR lah, mereka kan capital gaining organization, sepatutnya tidak timbul isu tidak boleh bayar, rugi dekat negara kita kalau biar macam ini," tulis @angahfaqhroul.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram