SEORANG wanita menemui ajal di tangan anaknya sendiri selepas dibunuh dengan kejam di kediamannya dekat Desa Cilandak, Desa Sekarsari, Kecamatan Kalibunder, Kabupaten Sukabumi, Indonesia pada Isnin.
Mangsa, Inas, 43, dipercayai mati dibunuh di dalam rumahnya dan kejadian itu hanya diketahui polis keesokan hari selepas suspek memberitahu jirannya.
Suspek, Rahmat Alias Herang, 25, didakwa membunuh ibunya menggunakan peralatan pertanian pencakar tanah dengan menikam badan mangsa.
BACA LAGI: [VIDEO] Rakaman audio bongkar perbuatan bapa durjana cabul, dera seksual anak kandung 5 tahun
BACA LAGI: ‘Teman lelaki durjana’, bekas posmen angguk faham ketika didakwa bunuh Bella
Ketua Polis Kalibunder, Inspektor Taufick Hadian berkata, pihaknya menemui pencakar tanah itu di dapur dan masih terdapat kesan darah pada alat terbabit.
"Suspek bersama bahan bukti telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Sukabumi. Mangsa telah dibawa ke Hospital Wilayah Syamsudin SH untuk bedah siasat.
"Motif kejadian dipercayai akibat kemarahan suspek yang berang kerana tidak dibelikan motosikal," katanya.
Namun, perkara itu masih dalam siasatan dan motif pembunuhan masih belum diketahui setakat ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram