'Bayangkan jika perkhidmatan kesihatan kita lumpuh dan beralih ke swasta'


PEGAWAI perubatan kontrak memohon kerajaan memberi hak sama rata dengan pegawai berstatus tetap — Gambar fail/The Star

ISU pegawai perubatan (MO) kontrak masih belum ada kesudahannya memandangkan kerajaan tidak pasti lagi akan menawarkan mereka dengan status tetap.

Malah isu itu menjadi perhatian seluruh negara ketika Malaysia berdepan siri gelombang Covid-19 apabila kumpulan doktor kontrak di hospital kerajaan ini bersepakat mengadakan protes bagi mendapatkan perhatian kerajaan.

Tindakan mereka itu mengundang pelbagai persepsi sama ada negatif atau positif. Ada yang meluahkan rasa kasihan terhadap mereka dan tidak kurang juga yang mencaci/

Tapi bagi seorang doktor yang berkhidmat di sebuah Klinik Kesihatan di Sarawak, Fitrahana Sururi, dia berkongsi pendapatnya tentang isu berkenaan menerusi satu perkongsian di Facebook.

"Bila MO kontrak buat statement letak jawatan beramai-ramai, mulalah 'perang' dengan warganet yang kurang faham. Mungkin kerana tiada ahli keluarga atau kenalan terdekat mereka yang sekarang MO kontrak.

"Kata warganet, letaklah jawatan...tak reti bersyukur ke, sekurang-kurangnya ada kerja. Bila dengar ayat-ayat menyakitkan macam ini, mulalah kita rasa macam nak membalas," tulis Fitrahana dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya.

Bagaimanapun, doktor berkenaan gembira untuk meneruskan perkhidmatannya kerana sikap pesakit yang sangat menghargai dan mendengar nasihat petugas ketika menerima rawatan.

Tambahnya lagi, situasi sebegitu agak sukar dialami oleh kumpulan doktor yang berkhidmat di bandar.

IMG_3550

Tangkap layar sebahagian coretan yang diongsikan oleh Fitrahana.— Facebook

"Dekat sini, MO tidak ada di semua klinik kesihatan. Yang ada cuma Medical Assistant sahaja dan kebanyakan klinik hanya seorang MO, antara sebab saya masih gembira bekerja dalam sistem kontrak ini adalah kerana pesakit.

"Mereka merupakan golongan yang pendapatan RM400 hingga RM500 sebulan dengan mencari kayu di hutan, menangkap ikan di sungai serta menanam jagung dan nenas di kebun. Bila doktor terang satu persatu, mereka akan dengan baik dan tak pernah terlupa untuk mengambil ubat.

"Kemudian bila selesai pemeriksaan doktor, mereka akan senyum dan ucapkan terima kasih, doktor. Di klinik kesihatan la mereka dibantu untuk meringankan beban bagi follow up pemeriksaan kesihatan dengan bayaran minimum RM 1.00.

"Bayangkan kalau perkhidmatan kesihatan kita lumpuh dan beralih ke swasta? Lebih ramailah yang berhutang, jumlah penyakit tidak berjangkit semakin meningkat, risiko berlakunya komplikasi lebih tinggi dan bilangan pesakit yang hadir ke unit kecemasan dengan prognosis buruk bertambah.

"Sistem kontrak ini akan mengambil masa yang lama lagi untuk diselesaikan dengan solusi terbaik. Selagi sistem ini masih berlanjutan, don't lose yourself and your kindness," katanya.

Perkongsian wanita tersebut meraih lebih 2,000 tanda suka dan pujian daripada warganet di Facebook.

IMG_3547

Tangkap layar beberapa komen warganet di hantaran tersebut.— Facebook

"Semoga para doktor tabah dan teruskan berkhidmat. Kami masih dan sentiasa perlukan khidmat doktor kerajaan.

"Harap ada penyelesaian yang terbaik buat doktor kontrak. Terima kasih," tulis seorang warganet Facebook, Dayang Ku Shahliza.

"Pendapat yang sangat profesional, tidak ada nada ugutan mahupun ungkitan. Tulisan begini menzahirkan rasa hormat kepada doktor.

"Selalu baca tulisan yang menyalahkan pihak lain, juga tiada frasa we doctors are the most valuable person on earth and deserves better. Semoga dipermudahkan urusan," komen seorang pengguna Facebook, Aiman Abdullah.

"Betul doktor, zaman moden ini susah untuk bertemu dengan pesakit yang menghargai staf dan doktor. Saya sudah lalui suasana dahulu dan sekarang.

"Saya juga tidak menyokong sistem kontrak kerana ia merosakkan sistem Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri. Saya bekerja dengan ramai House Officer (HO), jadi kita faham apabila jawatan mereka tidak disahkan," kata seorang pengguna Facebook, Habshah Aripin.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram