Buruh ladang maut perut terburai dirodok gading gajah liar di Gua Musang


  • 112
  • Isnin, 13 Mei 2024

Mangsa dijumpai terbaring selepas dirodok gading gajah di sebuah ladang di Kampung Om, Pos Blau dekat Gua Musang pada Ahad. — PDRM

SEORANG lelaki warga Bangladesh maut diserang seekor gajah liar di dalam ladang Kampung Om, Pos Blau dekat Gua Musang, Kelantan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, Md Nawsher Ali, 29, yang juga pekerja ladang ditemukan maut dalam keadaan perut terburai.

Katanya, semasa dalam perjalanan pulang dari ladang pada pukul 5 petang, mangsa bersama rakan sekerjanya telah terserempak dengan seekor gajah yang turun dari selekoh sebuah bukit.

BACA LAGI: [VIDEO] Penunggang motosikal cedera parah jatuh tertiarap dari 'flyover' lebuh raya BKE Penang

BACA LAGI: [VIDEO] Rakan konvoi rakam detik penunggang 'superbike' terpelanting rempuh belakang kereta di lebuh raya

"Siasatan awal mendapati ketika kejadian, mangsa dipercayai tidak sempat melarikan diri sebelum diserang haiwan itu dan terdapat kesan tapak kaki gajah berhampiran lokasi mangsa ditemukan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau lagi, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian dan tiada sebarang unsur jenayah ditemukan terhadap mangsa.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Pihak polis mengingatkan supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu bagi menghormati keluarga mangsa," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram