TULAR satu video memaparkan kejadian pokok tumbang dan menghempap landasan monorel serta kenderaan yang berada di pusat bandar, Kuala Lumpur pada Selasa.
Melalui maklumat awal yang dikongsikan kejadian itu berlaku di Jalan Sultan Ismail berhadapan dengan sebuah hotel terkemuka.
Pada masa sama, pokok yang tumbang tersebut turut menghempap beberapa buah kenderaan dan menghalang laluan utama sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di Jalan Kuching.
BACA LAGI: [VIDEO] Ibu meraung tepi jalan lihat anak putus kaki motosikal kemalangan depan sekolah
Melalui satu video berasingan kelihatan orang awam cuba membantu mangsa yang terperangkap dalam sebuah kenderaan.
Tular satu video memaparkan kejadian pokok tumbang dan menghempap landasan monorel serta kenderaan yang berada di pusat bandar, Kuala Lumpur pada Selasa. pic.twitter.com/TWsf2D0Jeg
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) May 7, 2024
BACA LAGI: KDN dalam peringkat akhir pinda Akta Penagih Dadah
Sementara itu, penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Fatta M Amin berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan pukul 2.19 petang.
"Pasukan operasi daripada BBP Jalan Hang Tuah bersama tiga balai bantuan, BBP Titiwangsa, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Sentul bersama jentera FRT-4 dan EMRS-4, dengan kekuatan 27 orang anggota telah dikerahkan ke tempat kejadian.
"Setibanya di lokasi kejadian didapati terdapat pokok besar tumbang di atas jalan raya melibatkan 17 buah kenderaan dan landasan monorel di sebelah atas telah dihalang dengan dahan-dahan pokok.
"Insiden tersebut turut melibatkan kerosakan fasiliti awam iaitu perhentian bas di tepi jalan.
"Dua orang mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh anggota, mangsa pertama seorang lelaki melayu berumur 47 tahun disahkan telah meninggal dunia oleh pihak KKM manakala mangsa kedua lelaki Melayu berumur 26 tahun mengalami kecederaan telah diserahkan kepada pihak paramedik Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya.
Dalam pada itu, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memaklumkan, ekoran kejadian itu, tiada perkhidmatan antara Stesen KL Sentral dan Stesen Medan Tuanku, dan pihaknya mengaktifkan perkhidmatan tren antara Titiwangsa dan Medan Tuanku (Platform 1) serta bas perantara pergi dan balik dari KL Sentral ke Medan Tuanku.
"Pihak Rapid KL sedang bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelesaikan gangguan tersebut secepat mungkin.
"Buat masa ini anggota polis dan bomba sedang mengawal keadaan lalu lintas di tempat kejadian.
"Sebarang kemas kini akan dimaklumkan secara berkala menerusi saluran media sosial dan aplikasi PULSE.
"Kami memohon maaf di atas gangguan luar jangka ini dan berterima kasih di atas kesabaran penumpang,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram