[VIDEO] Polis tahan suspek bunuh, simen warga Korea Selatan dalam tong di Pattaya


  • Benua
  • Isnin, 13 Mei 2024

Mayat seorang lelaki warga Korea Selatan (gambar kecil) disimen dan ditemui dibuang di dalam takungan di Pattaya pada Sabtu. — Agensi

SEORANG lelaki yang didakwa terlibat dalam kes pembunuhan seorang pelancong warga Korea Selatan di Pattaya, Thailand ditahan pada Ahad.

Menurut Agensi Polis Wilayah Gyeongnam, penahanan tersebut dibuat di Jeolla Utara, sebuah wilayah yang terletak di barat Korea Selatan.

Jelasnya, lelaki berusia sekitar 20-an itu merupakan seorang daripada tiga suspek yang didakwa menculik dan membunuh mangsa yang berusia 34 tahun di Pattaya, Thailand, pada awal Mei lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] Penunggang motosikal cedera parah jatuh tertiarap dari 'flyover' lebuh raya BKE Penang

BACA LAGI: Boleh sampai bercerai jika ambil risiko suami isteri jadi bisnes ‘partner’

"Suspek ditahan di kediamannya di Jeolla Utara pada pukul 7.46 malam, selepas polis mendapati dia telah kembali ke Korea pada Khamis.

"Dia dibawa ke Balai Polis Wilayah Gyeongnam di Gyeongsang Selatan sejurus selepas ditangkap," katanya pada Isnin.

Media sebelum ini melaporkan penemuan mayat seorang lelaki warga Korea Selatan disimen dan ditemui dibuang di dalam takungan di Pattaya pada Sabtu.

Tong itu berjaya ditemui sekumpulan penyelam yang menyelam di dasar takungan tersebut.

ko1

Tong itu berjaya ditemui sekumpulan penyelam yang menyelam di dasar takungan tersebut. — Agensi

Mangsa disyaki sebagai Roh Eui Jong, 34, dilaporkan hilang sejak 3 Mei lalu apabila didakwa dilarikan tiga warga Korea.

Polis bagaimanapun masih dalam usaha mengesahkan identiti mangsa.

WhatsApp Image 2024-05-13 at 15.08.50

Polis masih dalam usaha mengesahkan identiti mangsa. — Agensi

Sumber polis memaklumkan, ketiga-tiga suspek telah pun meninggalkan Thailand.

"Salah seorang daripada mereka pulang ke Korea Selatan, manakala dua lagi suspek disyaki menyeberang secara haram masing-masing ke Myanmar dan Kemboja," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram