'Keluar Sekejap atau selama-lamanya?', Ahmad Zahid beri bayangan masa depan KJ bersama Umno


  • Politik
  • Ahad, 12 Mei 2024

Khairy Jamaluddin (tengah) dan Shahril Sufian (kanan) ketika menjemput bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai salah seorang tetamu jemputan dalam siri Keluar Sekejap.

PEMIMPIN Umno disarankan agar menggunakan platform media sosial sebagai usaha mendekati dan menarik sokongan dalam kalangan rakyat.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti keramat itu perlu mencipta sentimen, menerajui naratif pemikiran rakyat dan memahami permainan dengan emosi serta perasaan masyarakat.

Bagaimanapun, dalam usaha menggalakkan pemimpinnya menguasai dunia digital, Ahmad Zahid membidas tindakan bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atas penglibatannya dalam satu siri audio siar (podcast).

BACA LAGI: Bukan masa sesuai ganti KJ sebagai Presiden FAM — Pekan Ramli

BACA LAGI: Tak kisah pemain nak kuningkan rambut, tapi pastikan 'perform' atas padang — Syed Adney

-

Ahmad Zahid

Beliau menyifatkan, siri audio siar tersebut bukanlah platform yang sesuai digunakan bekas menteri kesihatan itu menyuarakan pendapatnya.

"Gunakan platform yang betul seperti TikTok dan Facebook untuk mendekati orang ramai dalam menyesuaikan persekitaran politik Umno, bukan seperti sesetengah orang yang menggunakan platform seperti (podcast) Keluar Sekejap atau mungkin boleh saya katakan, keluar selama-lamanya," katanya memetik laporan Sinar Daily pada Sabtu.

Untuk rekod, podcast Keluar Sekejap (KS) dikendalikan dua bekas pemimpin Umno, Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan kini memiliki lebih 315,000 pengikut di platform YouTube.

KS banyak berkisarkan perbincangan mengenai politik dan isu semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram