TINDAKAN seorang individu disyaki bermain permainan video ketika memandu mendatangkan kemarahan pengguna jalan raya yang lain.
Kejadian yang difahamkan berlaku di Lebuhraya Persekutuan pada Jumaat itu dirakam menerusi kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) sebuah pemilik kenderaan dan dimuat naik di laman X (Twitter) pada Sabtu.
Menerusi klip berdurasi 50 saat tersebut, pemandu kenderaan jenis Proton Iriz berwarna merah itu dilihat memandu secara berbahaya di lorong kanan, dengan beberapa kali menekan brek keretanya sedangkan kenderaan lain masih agak jauh di hadapan.
BACA LAGI: [VIDEO] DBKL tidak nampak? Warga asing bermaharajalela, selamba berniaga di Menara Merdeka 118
Nilah punca, ini lah punca hm pic.twitter.com/ltTIJQaUnb
— iftitah_rozlan (@iftitahrozlan) May 12, 2024
Berang dengan situasi itu, seorang individu bertindak memarahi pemandu kereta berkenaan disebabkan cara pemanduannya itu berisiko mendatangkan bahaya buat pengguna lebuh raya lain.
"Tutup telefon sekarang, buat apa main game (permainan video) dalam kereta?
"B****! Accident (kemalangan) nanti," marahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut tidak berpuas hati dengan kelakuan pemandu tersebut dan tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman mereka berdepan situasi sama.
"Saya buat Grab dah enam tahun, selalu saja macam ini lagi-lagi bawa 60km/j (kilometer per jam) di lorong tengah.
"Kalau saya, memang saya hon saja sepanjang jalan, kalau sempat ambil gambar, lapor pada JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) habis cerita," kata @2731ecf243034f9.
"Ada hari itu depan mata sendiri pemandu itu dia boleh layan movie sambil memandu, tak guna otak ke kalau mati seorang tak melibatkan nyawa orang lain tidak mengapa juga," tulis @zahiraheyrah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram