KEPADATAN jadual bekerja menjadi antara punca orang ramai lebih memilih untuk makan di luar berbanding masak di rumah.
Mengakui perkara itu, model, pelakon dan pengusaha terkenal, Amber Chia juga antara yang tidak terkecuali daripada menjalani rutin sedemikian.
Dek kesibukan melunaskan segalan tugasan hakiki, ditambah kepenatan bekerja menyebabkan dirinya lebih memilih untuk membeli makanan di luar.
BACA LAGI: Michelle Yeoh beri inspirasi kepada semua — Joe Biden
BACA LAGI: Inovasi roti canai makin digemari, Rollti lancar cawangan ketiga di Pavilion Elite
Apatah lagi, ibu kepada seorang cahaya mata itu mengakui, dengan kepelbagaian teknologi yang wujud ketika ini nyata lebih memudahkan lagi urusan pembelian.
Amber Chia
"Sebut sahaja nak makan apa, dengan kewujudan pelbagai jenis perkhidmatan penghantaran, semua keinginan kita berada di hujung jari sahaja.
"Disebabkan jadual saya agak sibuk dan selalu berada dalam mod on-the go, jadi biasanya saya suka tapau makanan dari kedai.
"Orang sekarang selalu tapau, (walaupun) dulu mak-mak kita pesan (perempuan) kena masak, tapi sekarang ramai dah bekerja, jadi ada kekangan waktu untuk memasak," katanya kepada Majoriti.
Dalam kesibukan bekerja, anak kelahiran Teluk Intan, Perak itu mengakui dia adakalanya mahukan makanan yang masih mengekalkan cita rasa asli Malaysia, namun dalam bentuk yang lebih mudah terutamanya dalam keadaan yang memerlukan dirinya sentiasa bergerak dari satu destinasi ke dstinasi lain.
"Kita nak makan makanan Malaysia, tapi oleh kerana saya selalu on-the-go, jadi agak sukar juga sebenarnya mencari makanan dengan kombinasi seperti itu," ujar wanita berusia 42 tahun tersebut.
Sementara itu, berkongsi mengenai perjalanannya sebagai duta jenama lokal yang dikenali dengan tarikan inovatif roti canai, Rollti, Amber mengakui begitu teruja dengan konsep yang diperkenalkan jenama tersebut.
Baginya, mengangkat hidangan kegemaran rakyat Malaysia, roti canai sebagai 'hero' utama menjadikan jenama Rollti sangat dekat di hati rakyat Malaysia.
Amber (kiri) bergambar ketika pelancaran cawangan ketiga Rollti di Pavilion Elite, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Ditambah dengan isian lazat merangkumi daging, ayam, kambing, makanan laut yang dibaluti dengan roti canai tersebut sememangnya membangkitkan selera orang ramai.
"Apabila saya diberitahu ada jenama lokal yang akan menjual wrap menggunakan roti canai bersama makanan tempatan lain seperti nasi lemak, rendang dan sebagainya, saya sangat kagum.
"Di Malaysia memang kita dah ada misalnya Subway, tetapi itu semua produk luar, jadi saya rasa kita memang patut ada (jenama) wrap sendiri.
"Walaupun roti canai sangat popular, tapi tidak ada orang yang menjadikannya sebagai wrap, jadi saya rasa ia idea yang sangat bijak," katanya.
Lebih menarik jelas beliau, semua jenis menu yang disediakan di premis tersebut benar-benar mewakili masakan Malaysia sendiri.
Isian lazat merangkumi daging, ayam, kambing, makanan laut yang dibaluti dengan roti canai mampu membangkitkan selera orang ramai.
Justeru Amber berharap agar jenama Rollti akan terus mendapat sambutan hangat bukan sahaja di Malaysia, malah pelancong luar akan dapat menikmati rasa sebenar sajian Malaysia dengan konsep yang sedikit berbeza.
Beliau turut meluahkan harapan untuk membuka cawangan itu di luar negara bagi mengubati kerinduan anak perantau.
"Sebagai anak jati Malaysia, jika kawan dari luar datang ke sini, saya akan bawa mereka makan Rollti, saya sangat bangga kerana ia berupaya mewakili sajian di Malaysia.
"Saya ini 100 peratus anak Malaysia jadi saya suka makanan Malaysia. Harap ia boleh pergi ke serata dunia seperti Subway.
"Saya sangat harap boleh direalisasikan sebab apabila mengembara, kita pasti merindui semua makanan di rumah," katanya sambil ketawa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram