[VIDEO] Gambar terakhir sebelum kemalangan ngeri di Subang, Indonesia pelajar antara 11 maut nahas 4 kenderaan


  • Benua
  • Ahad, 12 Mei 2024

Pelajar dan guru di SMK Lingga Kencana, Depok sempat merakam gambar terakhir sebelum terlibat kemalangan ngeri di Ciater Subang, Indonesia pada Sabtu. — Agensi

JUMLAH mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas membawa sekumpulan pelajar sekolah dari Depok, di Kecamatan Ciater, Kabupaten Subang, Jawa Barat, Indonesia dilaporkan mencecah 11 orang.

Ketua Polis Daerah Jawa Barat, Inspektor Jeneral Akhmad Wiyagus ketika meninjau lokasi kemalangan di jalan utama di Kampung Palasari, Daerah Ciater, Subang, pada petang Sabtu berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan termasuk mengerahkan pasukan Analisis Kemalangan Trafik untuk menyiasat lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Kesihatan Subang, Dr Maxi memaklumkan, 10 daripada 11 mangsa nahas merupakan pelajar dan guru di SMK Lingga Kencana, Depok yang berada di dalam bas berkenaan.

BACA LAGI: PRK KKB: Pinjam along, sampul raya antara 4 kontroversi hangatkan suhu minggu pertama kempen

BACA LAGI: PRK KKB: Pinjam along, sampul raya antara 4 kontroversi hangatkan suhu minggu pertama kempen

Sementara seorang lagi mangsa yang maut ialah penunggang motosikal yang didaftarkan sebagai penduduk Cibogo, Subang.

Jelas Dr Maxi, mangsa yang cedera kini menjalani rawatan di Pusat Kesihatan Palasari Ciater dan Pusat Kesihatan Jalancagak.

"Seramai 23 orang ditempatkan di Pusat Kesihatan Komuniti Palasari dengan dua cedera parah (dirujuk ke Hospital Daerah Subang)," katanya pada Sabtu.

Tangkap layar memaparkan kemalangan melibatkan bas yang membawa sekumpulan pelajar dari Depok. — Agensi

Kemalangan tersebut berlaku kira-kira pukul 6.45 petang ketika bas yang membawa pelajar sekolah itu bergerak dari arah Bandung menuju ke Subang.

Nahas berlaku selepas bas tersebut tiba-tiba berpusing ke kanan dan melintasi laluan bertentangan sehingga melanggar bas mini jenis Feroza dengan nombor plat kenderaan D 1455 VCD.

Selepas melanggar kenderaan di laluan bertentangan, bas itu terbabas ke tepi, sebelum merempuh tiga motosikal yang diletakkan di bahu jalan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram