Tertimbus bawah runtuhan dinding, 2 pekerja buruh Indonesia maut di Kota Samarahan


  • 112
  • Khamis, 09 Mei 2024

Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa terkorban akibat terperangkap dalam runtuhan dinding konkrit di tapak pembinaan dekat Kota Samarahan pada Khamis. —  Ihsan bomba

DUA pekerja buruh warga Indonesia maut tertimbus tanah di kawasan tapak pembinaan Lorong Samarindah 14B, Kota Samarahan, Sarawak pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan, Ebby Hirwandy Sarbini berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 11.25 pagi Khamis dan pasukan dari BBP Kota Samarahan segera digerakkan ke lokasi.

Katanya, setiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati kedua-dua lelaki berusia 29 dan 42 tahun itu terperangkap di bawah runtuhan dinding konkrit yang sedang dalam pembinaan itu, yang dianggarkan berketinggian lima kaki.

BACA LAGI: Buruh kasar 'selamat', pelayan restoran antara 3 kerjaya berisiko terancam gara-gara AI

BACA LAGI: Dua tragedi ragut nyawa, ini 4 insiden runtuhan tak terduga berlaku di Malaysia tahun ini

“Pasukan BBP Kota Samarahan kemudian bertindak mengeluarkan mangsa dengan bantuan pekerja binaan menggunakan jengkaut.

"Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Khamis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram