Buruh kasar 'selamat', pelayan restoran antara 3 kerjaya berisiko terancam gara-gara AI


  • Massa
  • Khamis, 02 Mei 2024

Media antarabangsa melaporkan rangkaian kedai restoran di Jepun dan Eropah sudah mula menggunakan robot berkuasa kecerdasan buatan AI untuk menggantikan tenaga kerja manusia. — Gambar hiasan

ANCAMAN kehilangan pekerjaan akibat kemajuan Kecerdasan Buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin (ML) dilihat semakin meruncing pada zaman serba canggih ini.

Hal ini kerana, syarikat gergasi di seluruh dunia sudah mula berlumba-lumba menggunakan kedua-dua teknologi itu bagi menjimatkan kos dan meningkatkan keupayaan entiti masing-masing.

Malah, tidak mustahil hal yang sama boleh berlaku di negara ini.

Pada 2023, dilaporkan seramai 4.5 juta rakyat Malaysia berkemungkinan hilang pekerjaan menjelang 2030, sekiranya mereka tidak meningkatkan kemahiran (reskilling) dan melaksanakan latihan semula (upskilling).

Itu antara data yang dikeluarkan Kementerian Sumber Manusia pada Jun tahun lalu yang secara tidak langsung memperlihatkan ancaman bidang pekerjaan asas atau sokongan bakal terancam susulan ledakan teknologi AI.

Secara keseluruhannya, sekurang-kurangnya 83 juta pekerjaan bakal pupus untuk tempoh lima tahun akan datang akibat perkembangan teknologi berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Profesor Niusha Shafiabady dilaporkan berkata, teknologi AI dan ML memberi ancaman serius terhadap beberapa sektor pekerjaan.

Menurut pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi di Charles Darwin University, Australia itu lagi, melihat kepada apa yang berlaku di negara tersebut ada beberapa sektor pekerjaan yang akan pupus sepenuhnya bila teknologi AI mengusai dunia.

BACA LAGI : Kadar pengangguran stabil, ketidakpadanan pekerjaan graduan negara turun mendadak — Abdul Rahman

Berikut merupakan antara tiga pekerjaan yang berpotensi hilang akibat kemajuan AI dan ML:

Pekerjaan dalam bidang restoran

Kerja-hilang-2048x1365

Pertambahan penggunaan robot akan menyebabkan bilangan pekerjaan pelayan berkurangan dalam tempoh lima tahun akan datang. — Gambar hiasan/AFP

Baru-baru ini, media antarabangsa melaporkan rangkaian kedai restoran di Jepun dan Eropah sudah mula menggunakan robot berkuasa kecerdasan buatan AI untuk menggantikan tenaga kerja manusia.

Namun, 'pekerja' baharu itu akan bertanggungjawab menerima dan menghantar pesanan sekiranya premis makanan tersebut mengalami kekurangan pekerja.

Melihat kepada situasi tersebut, tidak mustahil pekerjaan itu akan digantikan sepenuhnya oleh robot.

Malah fenomena itu sendiri kita sudah mula lihat di segelintir premis makanan di seluruh negara. Perit untuk ditelan tetapi inilah realiti sebenar yang kita harus hadapi setakat ini.

Robot AI ini mempunyai pengaruh kuat dalam menyediakan bekalan buruh baharu yang hampir tidak habis-habis keperluannya

BACA LAGI : KPM, KPKT perlu kerjasama atasi masalah sekolah berkepadatan tinggi di seluruh negara — NUTP

Pekerjaan membabitkan perkeranian

aiamak1a_1686956704

Teknologi pemprograman dan AI adalah agak murah daripada mengupah tenaga pekerja. — Gambar hiasan

Pekerjaan yang terkait dengan pengolahan data dan entri data, seperti pegawai administratif, mungkin digantikan oleh sistem AI yang mampu mengumpulkan, menganalisis, dan mengolah data secara automatik.

Pada masa sama, menurut Profesor Niusha Shafiabady, teknologi pemprograman dan AI adalah agak murah daripada mengupah tenaga pekerja.

Sehubungan itu, melalui kajian yang dilakukan terdapat syarikat sudah mula menggunakan teknologi AI ini untuk menjimatkan kos mereka.

Selain itu, berdasarkan laporan Forum Ekonomi Dunia 2023 (WEF 2023): Pekerjaan Masa Depan memperlihatkan penurunan paling ketara membabitkan sektor pekerjaan berasaskan kepada perkeranian.

Daripada laporan WEF berkenaan jelas memperlihatkan beberapa sektor pekerjaan yang bakal pupus untuk lima tahun yang akan dan sektor pekerjaan membabitkan asas perkeranian merekodkan penurunan paling ketara iaitu lebih 50 peratus termasuk pekerjaan khidmat pelanggan yang kini sudah digantikan dengan bot perbualan berteraskan AI.

BACA LAGI : Kelas terapung bukan tak okey tapi tengok kesesuaian fasiliti elak mudaratkan murid — KGMMB

Pekerjaan dalam khidmat pelanggan

aiamak1b_1686956706

Kecerdasan buatan kerana teknologi AI dapat mengurangi kebergantungan dalam tenaga kerja manusia dalam menyediakan layanan pelanggan. — Gambar hiasan

Pekerjaan yang melibatkan khidmat pelanggan, termasuk panggilan pusat dan respons melalui media sosial, mungkin terancam oleh chatbot dan bantuan virtual (virtual asistant) yang dijana oleh kecerdasan buatan kerana teknologi itu dapat mengurangkan kebergantungan dalam tenaga kerja manusia dalam menyediakan layanan pelanggan.

Pada masa sama, pekerjaan seperti penyeliaan stesen kawalan pengeluaran, penyelenggaraan sistem dan pengelolaan data serta kerja dalam sektor perbankan dan perakaunan dapat digantikan oleh perisian AI yang cekap.

Namun, teknologi AI tidak akan memberi kesan kepada pekerjaan yang melibatkan buruh kasar.

Hal ini kerana, sektor pembinaan untuk menjalankan kerja intensif buruh, tidak mungkin digantikan oleh teknologi tersebut.

Melalui laporan daripada WEF lagi turut menyatakan kerja-kerja yang memerlukan kemahiran sosial dan emosi yang tinggi seperti pengurusan, kepimpinan dan keusahawanan adalah kurang terancam akibat AI.

Kesimpulannya, pihak-pihak berwajib perlu mengambil perhatian dengan mengawal penggunaan teknologi AI agar sesuatu yang seharusnya bermanfaat tidak menjadi 'penyakit' yang menghancurkan pekerjaan manusia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram