Tindakan boikot KK Mart bertentangan sunnah Rasulullah — Mufti Perak


  • Primer
  • Jumaat, 03 Mei 2024

Perniagaan KK Mart kian terjejas apabila orang ramai mengenakan tindakan memboikot terhadap jenama berkenaan. — Gambar hiasan

MUFTI Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh menyeru agar umat Islam dalam negara supaya tidak lagi meneruskan gerakan boikot terhadap jenama kedai serbaneka, KK Mart.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Jumaat, satu daripada rukun penting dalam kaedah kehakiman Islam untuk perlakuan jenayah ialah keinginan melakukannya atau 'alqasdul jinaei' yang mana elemen rukun itu tidak boleh dibuktikan melalui 'syahadah'.

Tambahnya, tindakan memboikot terhadap sesuatu kaum juga bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW kerana dalam sejarah awal Islam hanya orang kafir Quraisy yang memboikot umat Islam, namun Rasulullah SAW tidak pernah berbuat demikian.

BACA LAGI: Pengasas KK Super Mart mohon maaf kepada Agong, umat Islam

Datuk Wan Zahidi Wan Teh in Kuala Lumpur, Thursday, January 12, 2012. RAJA FAISAL HISHAN/The Star. Rep: Hidayah

Wan Zahidi berasakan tindakan memboikot itu melanggar cara dipraktikkan Rasulullah.

BACA LAGI: Pamer stoking kalimah ALLAH: Pengasas KK Mart, isteri mengaku tak bersalah lukakan perasaan umat Islam

"Daripada penjelasan yang dibuat oleh pihak pengurusan KK Mart dan permohonan maaf secara terbuka terhadap insiden yang berlaku serta penjelasan yang dibuat kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ternyata kewujudan rukun alqasdul jinaein ini tidak dapat dibuktikan.

"Dengan demikian, berasaskan kaedah kehakiman lslam, tuduhan menghina agama Islam terhadap pengurusan KK Mart tidak terbukti. Selain itu, tindakan memboikot terhadap sesuatu kaum juga tidak selari dengan sunnah Rasulullah SAW," katanya kepada pemberita di Ipoh, Perak.

Pada Mac lalu, kedai serbaneka itu menjadi bahan bualan hangat kerana produk stokin yang dijual tertera kalimah ALLAH dengan ia dijual itu cawangan sekitar Bandar Sunway, Selangor.

Konflik berkenaan turut menyaksikan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyatakan rasa kecewanya serta mahu pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan.

Pengasas KK Mart, KK Chai dan isterinya, Loh Siew Mui kemudiannya meminta maaf atas kejadian itu, namun kemarahan orang awam terhadapnya masih belum reda sehingga hari ini. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram