Che'gu Bard mengaku tidak bersalah, 2 pertuduhan fitnah dan hasut


Badrul Hisham yang lebih dikenali dengan panggilan Che'gu Bard (baju hijau) mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.

AHLI Jawatankuasa Biro Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin atas dua pertuduhan memfitnah dan menghasut.

Badrul Hisham, 45, mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.

"Saya faham, tidak mengaku salah," katanya.

Che'gu Bard sebelum ini hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pukul 9.20 pagi bagi menghadapi dua pertuduhan kes memfitnah dan menghasut, dengan mengaitkan menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim termasuk isu KK Mart, baru-baru ini.

Pada Sabtu, Che'gubard ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.

BACA LAGI: [VIDEO] Lima maut, lebih 33 cedera puting beliung melanda Guangzhou

BACA LAGI: Kehilangan suami, hilang upaya jatuh tangga tinggi, waris dan pencarum terima manfaat bantuan PERKESO

Menerusi hantaran Badrul di Facebook, beliau menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai hab kewangan yang akan dibina di Forest City.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya membuka kertas siasatan dan membuat tangkapan terhadap Che'gubard pada Sabtu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram