[VIDEO] Polis tahan Dr Akmal di Kota Kinabalu


  • Massa
  • Jumaat, 05 Apr 2024

Penahanan Dr Muhammad itu dipercayai berkaitan dengan kenyataan dikeluarkannya berhubung isu stoking tertera kalimah ALLAH yang dijual di beberapa rangkaian kedai serbaneka KK Mart.

KETUA Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh ditahan di Kota Kinabalu pada Jumaat.

Dalam video yang dimuat naik di Facebook, Dr Muhamad Akmal dilihat dibawa oleh polis menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

"Tidak takut, tidak akan menyerah," dia didengar berkata ketika dibawa masuk ke dalam kereta polis.

Dalam catatan Facebooknya, Akmal berkata, dia ditahan di ibu pejabat polis Kota Kinabalu walaupun sepatutnya dijadualkan memberi keterangan di ibu pejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur pada Sabtu.

“InsyaALLAH, saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya,” kata Dr Muhamad Akmal.

Penahanan itu dipercayai berkaitan dengan kenyataan dikeluarkannya berhubung isu stoking tertera kalimah ALLAH yang dijual di beberapa rangkaian kedai serbaneka KK Mart. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram