Naikkan juga gaji minimum pekerja belia swasta — Majlis Belia Malaysia


  • Massa
  • Jumaat, 03 Mei 2024

Majlis Belia Malaysia turut menggesa kerajaan untuk mewujudkan satu sistem jaringan keselamatan sosial dan skim pencen sosial universal untuk pekerja terutamanya golongan belia.

MAJLIS Belia Malaysia (MBM) menyambut baik pengumuman kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus berkuat kuasa 1 Disember 2024 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada Rabu.

Pegawai Khas Presiden Majlis Belia Malaysia, Muhammad Syahmi Shamsudin berkata, pengumuman itu adalah sebenarnya satu kemenangan untuk golongan belia.

"Kita percaya sebahagian besar daripada penjawat itu juga adalah dari golongan belia tetapi kita juga mengharapkan kerajaan agar mempertimbangkan semula kenaikan gaji minimum dalam kalangan pekerja swasta terutamanya dalam golongan belia.

"Contoh gaji minimum untuk pekerja swasta RM1,500 dan kalau boleh ia perlu dinaikkan seiring dengan keadaan ekonomi sekarang," katanya kepada Majoriti.

BACA LAGI: Kakitangan didakwa tak produktif, ada yang gesa kerajaan kaji semula kenaikan gaji kakitangan PTG

1641479357217

Pegawai Khas Presiden Majlis Belia Malaysia, Muhammad Syahmi Shamsudin

BACA LAGI: [VIDEO] YouTuber Indonesia sanggup buat konten, dedah ‘sisi gelap’ KL dipenuhi pengemis warga asing

Menurut beliau lagi, kerajaan perlu menaikkan had gaji minimum RM1,500 namun pelaksanaannya boleh mengikut kawasan.

"Jadi kerajaan disyorkan melihat kembali sistem gaji ini dengan diberikan berdasarkan tempat, gaji minimum bagi mereka di Lembah Klang wajar lebih tinggi berbanding mereka yang tinggal di bandar atau luar bandar.

"Kita tak boleh paksa mana-mana syarikat atau organisasi untuk menaikkan gaji pekerja namun ia perlu selari dengan keadaan ekonomi sekarang.

"Kenaikan gaji itu juga perlu bergantung dengan kemahiran yang mereka (pekerja) itu ada.

"Kita nak juga lihat komitmen kerajaan dalam membantu menaikkan taraf hidup golongan belia. Kalau hanya setakat menaikkan gaji tetapi tiada usaha yang dilakukan oleh kerajaan juga tidak berguna," katanya.

BACA LAGI: Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus, pendapatan bulanan cecah RM2,000 — PM Anwar

A man standing infront of EPF logo at Menara KWSP in Kwasa Damansara.photo for file.(4/3/2023). —AZHAR MAHFOF/The Star

Ada dalam kalangan rakyat yang bekerja tidak mempunyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan berpencen.

BACA LAGI: Buruh kasar 'selamat', pelayan restoran antara 3 kerjaya berisiko terancam gara-gara AI

Tambah Muhammad Syahmi lagi, Majlis Belia Malaysia turut menggesa kerajaan untuk mewujudkan satu sistem jaringan keselamatan sosial dan skim pencen sosial universal untuk pekerja terutamanya golongan belia.

"Ia adalah perlu kerana ada dalam kalangan rakyat yang bekerja tidak mempunyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan berpencen.

"Pada masa sama, melalui laporan KWSP tahun lalu, hanya empat peratus atau 400,000 pencarum daripada 15.72 juta ahli mampu bersara selesa dengan memiliki simpanan RM600,000 dan ke atas.

"Malah, akibat ketidaktentuan ekonomi semasa dan peningkatan kos sara hidup serta penjagaan kesihatan, ini bermakna ramai yang akan kehabisan apa juga sumber kewangan yang ada dalam tempoh singkat," katanya.

Sehubungan itu, Muhammad Syahmi berkata, kerajaan seharusnya sudah mula membuka langkah menjamin kesejahteraan dan kebajikan pekerja.

"Sekiranya dilaksanakan, sistem jaringan keselamatan sosial dan skim pencen sosial universal mampu membantu kelangsungan hidup rakyat selepas mereka tidak lagi bekerja.

"Kami berharap dan ingin melihat komitmen kerajaan bukan sekadar menaikkan gaji pekerja tetapi pada masa sama menjamin serta meningkatkan sistem jaringan sosial rakyat," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram