'Bayang masih tak nampak', ramai tunggu projek lapangan terbang antarabangsa Kulim siap


  • Massa
  • Selasa, 30 Apr 2024

Gambaran hasil projek KXP yang dirancang pada 2020 di Kulim, Kedah. — Facebook

DALAM meneraju arus pemodenan pada masa kini, Malaysia mengambil pelbagai langkah ke hadapan untuk pembangunan negara.

Membangunkan bandar terancang juga termasuk dalam pelan pembangunan dengan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

Pembinaan KXP itu bakal merancakkan fungsi utama Kedah Aerotropolis yang mana projek lapangan terbang itu dicadangkan bekas Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bagi tujuan pengangkutan dual-hub kargo selain dijangka mampu mengendalikan 15 juta penumpang setiap tahun.

BACA LAGI: 'Dah 2024...', rakyat tanya mana kelibat bas elektrik di Kelantan

86718159_2647885435448925_7942269062954876928_n

Pelan arkitek berhubung projek KXP yang dijangka akan siap pada Januari 2024. — Facebook

Cadangan Kedah Aerotropolis juga merangkumi perkhidmatan logistik, aeroangkasa dan Hub Pembuatan Sidam (SLAM) selain pusat penyelenggaraan dan pembaikan pesawat di rantau Asia.

Pada 2020, kerajaan Kedah mengumumkan jangkaan untuk menerima penerbangan pertama KXP pada Januari 2024.

Mukhriz juga memberitahu bahawa kerja pecah tanah bagi projek pembinaan Kedah Aerotropolis pula dilaksanakan pada November 2020.

Kerjasama KXP Holdings dan Aeroport de Paris Ingenierie (ADPI) juga dilakukan bagi membantu melaksanakan projek terbabit.

Menurut Mukhriz pada waktu itu, ADPI dipilih oleh pihaknya sebagai konsultan pelan induk Kedah Aerotropolis selepas syarikat itu berjaya melepasi saringan yang dibuat terhadap 28 syarikat sejak empat bulan lalu.

Katanya lagi, bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang, kerajaan negeri akan menguruskan hal membabitkan pengambilan tanah bagi tujuan pembangunan KXP.

BACA LAGI: 39,654 pencari kerja berjaya peroleh pekerjaan menerusi portal MyFutureJobs dalam tempoh 3 bulan lebih

86472391_2647885465448922_8786308605671374848_n

Peta kedudukan KXP. — The Star

Namun, pada 2023, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengumumkan sedikit kekecewaan kerana ia tidak disebut dalam Belanjawan 2024.

Sanusi pada masa sama menegaskan bahawa kerajaan negeri akan sentiasa berusaha untuk memastikan projek KXP menjadi kenyataan.

Meskipun demikian, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak pernah membuat sebarang cadangan untuk membangunkan sebuah lapangan terbang di Kulim kerana Kedah sudah mempunyai dua lapangan terbang iaitu Alor Setar dan Langkawi.

Bahkan, dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cadangan membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, Selangor, namun tidak mempunyai sebarang cadangan untuk pembinaan KXP di Kulim.

Sehubungan itu, ia menjadi satu persoalan kepada orang ramai terutamanya rakyat Kedah yang sudah lama menanti hasil projek berkenaan.

Berdasarkan pemerhatian Majoriti di Facebook pada Selasa, rata-rata warga maya memberi pelbagai soalan berkenaan perkara itu.

"Dah siap ke?," soal Md Imran Daud.

"Harap orang Kedah setia menunggu," komen Saiful Izham Ramli.

"Siap dahlah airport, hangpa yang tak nampak," seloroh Shahar Adriana Aisy. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram