EKORAN kecuaian orang lain, seorang penunggang motosikal hampir hilang nyawa motosikalnya bertembung dengan kereta yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah di Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran lampu isyarat SIGC dekat Seremban, Negeri Sembilan pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohamad Hatta Che Din berkata, kejadian berlaku 10.35 pagi melibatkan motosikal Yamaha Y15ZR ditunggang lelaki berusia 44 tahun dan sebuah kereta Nissan Sentra dipandu wanita warga emas berusia 66 tahun.
“Berdasarkan siasatan awal, motosikal itu bergerak dari arah Ampangan menuju ke Paroi. Namun, setibanya di lokasi kejadian, kereta dipandu warga emas itu dipercayai tidak berhenti ketika lampu isyarat merah.
“Kereta itu membelok ke kanan dan melanggar bahagian hadapan motosikal," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ekoran daripada kecuaian orang lain, seorang penunggang motosikal hampir hilang nyawa motosikalnya bertembung dengan kereta yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah di Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran lampu isyarat SIGC dekat Seremban Rabu. pic.twitter.com/3ThQ1UTttI
— Majoriti (@majoritionline) May 2, 2024
BACA LAGI: [VIDEO] YouTuber Indonesia sanggup buat konten, dedah ‘sisi gelap’ KL dipenuhi pengemis warga asing
Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan penunggang motosikal cedera di muka dan badan dan telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk menerima rawatan.
Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Mohd Zaman di talian 012-7173867 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Pada masa sama, video kemalangan tersebut tular di media sosial.
Difahamkan, video kemalangan itu berjaya dirakam kamera papan pemuka (dashcam) orang awam yang berada di tempat kejadian.
Rata-rata warga maya yang melihat video tersebut meluahkan rasa merah melihat situasi tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram