KPM, KPKT perlu kerjasama atasi masalah sekolah berkepadatan tinggi di seluruh negara — NUTP


  • Massa
  • Rabu, 01 Mei 2024

'Kelas terapung' hanya boleh dibuat sekiranya sekolah itu dapat mewujudkan kelas atau bilik darjah khas jika ada kekosongan dalam fasiliti mereka namun bukan semua sekolah mempunyai fasiliti atau kemudahan seperti itu. — Gambar Hiasan

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) perlu bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam membuat perancangan jangka panjang bagi mengatasi masalah sekolah yang berkepadatan tinggi di seluruh negara.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Fouzi Singon berkata, kerjasama itu penting bagi menyelesaikan isu 'kelas terapung' dalam jangka panjang.

"'Kelas terapung' hanya boleh dibuat sekiranya sekolah itu dapat mewujudkan kelas atau bilik darjah khas jika ada kekosongan dalam fasiliti mereka namun bukan semua sekolah mempunyai fasiliti atau kemudahan seperti itu.

"Namun, ada setengah sekolah yang terlalu padat kaedah ini tidak boleh dilaksanakan ditambah pula isu kekurangan guru di sekolah.

"Jika jumlah nisbah guru murid tidak dipenuhi bagaimana kaedah ini hendak dilaksanakan," katanya kepada Majoriti.

2498300

Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon

Sehubungan itu, Fouzi mencadangkan agar KPM merangka satu peraturan bagi mewajibkan sekolah dibina untuk sejumlah kawasan perumahan yang dibangunkan.

"Satu nisbah murid bagi satu-satu sekolah juga harus ditetapkan secara maksimum supaya tidak berlaku kepadatan murid yang berlebihan.

"Kerjasama kerajaan negeri juga dipohon untuk menyediakan tanah yang sesuai bagi pembinaan sekolah di lokasi yang dijangka berlaku kepadatan penduduk. Langkah sederhana adalah membina bangunan tambahan jika ada kawasan yang sesuai dalam kawasan sekolah tersebut.

"KPM juga harus segera ubah dasar tidak menggantikan bangunan sedia ada tetapi kawasan itu amat berharga untuk bangunan yang boleh dibina kelas lebih banyak," ujarnya.

BACA LAGI: Kelas terapung bukan tak okey tapi tengok kesesuaian fasiliti elak mudaratkan murid — KGMMB

Newspaper as a classroom resource: SMK Tropicana students deep in concentration during an NiE lesson last year.

Pelaksanaan 'kelas terapung' bukanlah penyelesaian jangka panjang yang sesuai diambil bagi menangani sekolah yang mempunyai pelajar berkepadatan tinggi. — Gambar hiasan

BACA LAGI: 'Kelas terapung' atasi masalah kepadatan pelajar — Fadhlina

Dalam pada itu, Fouzi turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa 'kelas terapung' akan membebankan golongan pendidik.

"Tidak timbul isu bebankan guru kerana sudah ada nisbah guru dan murid yang ditentukan oleh KPM.

"Kekurangan guru mengajar murid sekolah di seluruh negara kritikal apabila jurang nisbah guru dan murid terlalu besar iaitu 1:45 berbanding nisbah dicadangkan 1:20.

"Setiap kelas dan mata pelajaran telah dijadualkan kecuali faktor kekurangan guru menyebabkan guru sedia ada akan digunakan untuk dijadikan guru gantian bagi menampung kekurangan guru tersebut.

"Ini yang menjadi bebanan kerana waktu membuat persediaan dan menanda buku telah digunakan untuk menggantikan kelas yang tiada guru tersebut," jelasnya.

Terdahulu, Majoriti melaporkan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) mengakui pelaksanaan 'kelas terapung' bukanlah penyelesaian jangka panjang yang sesuai diambil bagi menangani sekolah yang mempunyai pelajar berkepadatan tinggi.

Hal itu kerana, sekiranya ia dilaksanakan dalam tempoh yang lama, inisiatif itu akan memudaratkan pelajar sekali gus menyebabkan mereka tidak berminat untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram