KONSEP 'kelas terapung' di seluruh negara diwujudkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menangani sekolah yang mempunyai pelajar berkepadatan tinggi.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kelas terapung itu antara inisiatif terbaik dengan mewujudkan kelas atau bilik darjah khas bagi mengatasi kesesakan pelajar.
"Penggunaan fasiliti sekolah akan dioptimumkan sebaik mungkin pihak sekolah seperti makmal, bengkel, bilik bahasa dan bilik kesihatan," katanya pada Isnin.
BACA LAGI: Letupan bom di Sungai Golok sah tidak libatkan penduduk Malaysia — Polis
Fadhlina menjelaskan, konsep tersebut akan digunakan pada sekolah-sekolah tertentu sahaja. — The Star
BACA LAGI: Sempat sorok emas bawah tudung, pemilik kedai mohon jejak 2 individu mencuri di Kuala Kangsar
Fadhlina bagaimanapun memberitahu, tidak semua sekolah akan menggunakan konsep kelas terapung bagi subjek pelajaran tertentu dan ia bergantung kepada kesesuaiannya.
"Jika mereka ada kelas lebih, boleh buat konsep itu. Jika tiada, mungkin boleh guna kaedah lain bagi mengatasi masalah kepadatan pelajar," ujar beliau.
Dalam pada itu, statistik KPM terkini mendapati, sebanyak 86 sekolah padat dikenal pasti mempunyai lebih 40 pelajar dalam sesebuah kelas termasuk di sekitar Lembah Klang.
Selain itu, Fadhlina berkata, KPM mengambil langkah mahu menyuraikan pelajar di sekolah padat dan mengoptimumkan sekolah lain di kawasan sekitar sebagai pilihan kepada ibu bapa.
Beliau turut mengharapkan bahawa pembinaan sekolah baharu dapat dapat menyelesaikan isu kepadatan itu dengan turut meliputi sesi libat urus bersama kerajaan negeri.
"Cadangan Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengoptimumkan kelas terapung bukan untuk digunakan untuk tujuan transit atau kelas bantuan, tetapi supaya ia boleh digunakan sepenuhnya sebagai kelas untuk belajar.
"Kelas-kelas ini akan ditubuhkan di dalam bangunan sekolah, menggunakan ruang yang ada seperti bengkel, makmal, dan bilik kesihatan.
"Kementerian sedang mengkaji semula untuk menentukan sama ada sekolah berpenduduk padat lain boleh menggunakan formula yang sama," katanya. — The Star/JAAYNE JEEVITA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram