Keputusan rayuan hukuman penjara 12 tahun Siti Bainun diketahui Khamis


Siti Bainun dikenakan hukuman penjara atas dua pertuduhan mengabai dan menganaiya seorang kanak-kanak sindrom Down pada 2021.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur akan mengeluarkan keputusan atas rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali pada Khamis atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella.

Keputusan itu akan diputuskan Hakim, Datuk Noorin Badaruddin kira-kira pada pukul 10 pagi.

Jika mahkamah menerima dua rayuan itu, Siti Bainun akan dibebaskan daripada sabitan berkenaan serta-merta.

Bagaimanapun, jika mahkamah mendapati sebaliknya, wanita berusia 32 tahun tersebut kekal dikenakan hukuman penjara 12 tahun.

Memandangkan dia dituduh atas dua pertuduhan, ada juga kemungkinan Siti Bainun kekal bersalah atas salah satu kes sahaja.

Pada 3 Mei 2023, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mendapati dia yang aktif dalam kerja-kerja kebajikan itu bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella.

BACA LAGI: 'Saya jumpa Bella hujung minggu ini', Zurianty mahu sampaikan sendiri berita Siti Bainun dihukum penjara

005e

Bella didapati dalam keadaan menyayat hati selepas diabaikan di pusat jagaan Rumah Bonda.

BACA LAGI: [VIDEO] Aniaya Bella, Siti Bainun cuma terdiam, dijatuh hukuman 12 tahun penjara

Bagi kesalahan pertama iaitu mengabaikan Bella, dia dihukum penjara 10 tahun sementara kes menganiaya, 12 tahun bagi pertuduhan kedua.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh hukum itu.

Siti Bainun didapati bersalah atas tuduhan mengabaikan serta menganiaya Bella yang berusia 13 tahun di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju, Kuala Lumpur antara Februari dan Jun 2021.

Kes yang mengejutkan negara itu mendapat perhatian sebahagian besar masyarakat termasuk badan pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan nasib kanak-kanak seperti Bella. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram