Bayi perempuan maut dipercayai didera, ibu diburu polis Johor


  • 112
  • Rabu, 01 Mei 2024

Bayi perempuan sembilan bulan maut dipercayai didera. — Gambar hiasan

SEORANG bayi perempuan berusia sembilan bulan maut dipercayai menjadi mangsa penderaan, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor pada pukul 3.50 pagi, 26 April lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, polis menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan dari HSA berhubung mangsa pada 25 April lalu.

Menurutnya, ketika itu, bayi perempuan warga asing berkenaan dimaklumkan sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan disyaki didera.

BACA LAGI: [VIDEO] Budak 4 tahun antara mangsa maut insiden tali sauh putus libas penumpang kapal

Katanya, bertindak atas maklumat, polis menangkap dua rakan ibu mangsa yang juga warga asing dan seorang lelaki tempatan, iaitu teman lelaki kepada salah seorang daripada wanita itu, pada pukul 10.00 malam, 25 April lalu.

"Turut ditahan pengasuh mangsa iaitu pasangan suami isteri warga tempatan.

"Tangkapan dilakukan di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini dan semua suspek berusia antara usia 29 hingga 42 tahun," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

BACA LAGI: [VIDEO] Nama kena petik ada skandal dengan tokan dadah, ratu cantik Ecuador kena tembak dari jarak dekat

Tambahnya lagi, polis masih mengesan ibu mangsa yang juga seorang warga Vietnam.

Menurutnya, kesemua suspek direman selama enam hari bermula 26 April oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Katanya, kes disiasat di bawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati wujud elemen jenayah dalam kematian mangsa," katanya.

Susulan itu, lima termasuk teman lelaki salah seorang suspek ditahan bagi membantu siasatan.

Kelima-lima suspek itu dipercayai rakan ibu mangsa yang menjaga bayi perempuan terbabit sebelum disahkan meninggal dunia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram