SEORANG bekas pengurus syarikat pembinaan yang membunuh teman wanitanya dari Indonesia pada enam tahun lalu terlepas hukuman gantung oleh Mahkmah Rayuan.
Sobri Abdul Wahab, 46, didapati bersalah kerana membunuh teman wanita dengan menikam sebanyak 28 kali. Hukuman gantung yang sepatutnya dikenakan terhadapnya ditukar dengan penjara 30 tahun serta 12 sebatan.
Tiga panel hakim yang diketuai oleh Hadhariah Syed Ismail bersama-sama Ahmad Zaidi Ibrahim dan Azmi Ariffin telah sepakat untuk mengekalkan sabitan bagi kesalahan itu dan mendapati rayuan perayu tidak mempunyai merit.
"Hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam mensabitkan kesalahan terhadap perayu (Sobri). Mahkamah juga mendapati ketidakwarasan perayu ketika kejadian tidak dapat dibuktikan dan oleh itu, sabitan adalah selamat dan dikekalkan," kata Hadhariah.
Sobri didapati bersalah menikam hampir 30 kali kepada bekas kekasihnya. — Agensi
BACA LAGI: Program Jana Wibawa bermula selepas kelulusan Kabinet — Saksi
Sebelum ini, peguam mewakili Sobri, K. A. Ramu membuat rayuan yang anak guamnya berada dalam keadaan tidak waras dan tidak mengambil ubat ketika kejadian berlaku.
Namun begitu, Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee membantah perkara tersebut dengan mendapati Sobri berada dalam keadaan waras sewaktu melakukan pembunuhan.
Hukuman gantung yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 31 Disember 2021 telah diketepikan oleh Hadhariah dengan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan akan menggantikannya. Hukuman penjara itu diarahkan pada tarikh Sobri ditangkap iaitu 10 Mac 2018.
Pindaan terhadap Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 30 tahun boleh dijatuhkan kepada pesalah di bawah usia 40 tahun. Jika pesalah itu lelaki, dia boleh dijatuhkan hukuman sebatan maksimum sebanyak 12 kali.
Hukuman-hukuman tersebut menggantikan hukuman mati mandatori yang ditetapkan dalam seksyen tersebut sebelum ini.
Sobri didapati bersalah selepas membunuh teman wanitanya yang merupakan warga Indonesia, Gusnima, 38 di sebuah pangsapuri dekat Seksyen U8, Bukit Jelutong pada sekitar 6 petang hingga 8 malam pada 10 Mac 2018. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram