[VIDEO] Datuk Bandar PJ 'cool' tenteramkan penduduk flat buat kecoh depan MBPJ


  • Massa
  • Selasa, 30 Apr 2024

Mohamad Zahri yang cuba menenangkan situasi tegang di hadapan bangunan MBPJ pada Selasa.

KEKECOHAN berlaku di pekarangan bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Selasa melibatkan kumpulan penduduk pangsapuri kos rendah Taman Petaling Utama, PJS 1, Petaling Jaya, Selangor.

Ia susulan isu penyelenggaraan pangsapuri tersebut yang sudah membelenggu kawasan kediaman mereka sejak bertahun-tahun lamanya.

Menerusi video tular di media sosial, kekecohan itu berlaku selepas penduduk menyerbu Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon untuk mendesaknya memberi respons kepada isu berkenaan.

BACA LAGI : 'Awak dari Ampang, tahu apa di Hulu Selangor?', Sock Tao gugup kena soal pengundi PRK KKB

Dalam video itu, Mohamad Zamri yang baru tiba di perkarangan MBPJ dilihat tenang dan cuba menenteramkan situasi tegang tersebut.

"Dengar dahulu, saya cakap baik-baik untuk tutup dahulu, baru kita bercakap," katanya kepada penduduk terbabit.

Beliau kemudiannya mengajak beberapa wakil penduduk untuk berbincang berhubung isu itu di dalam bangunan MBPJ.

Terdahulu, beberapa orang penduduk pangsapuri berkenaan dilaporkan mengadakan aksi protes di hadapan MBPJ untuk menyuarakan keluhan mereka dan menyerahkan memorandum kepada Datuk Bandar dengan tuntutan supaya pihak MBPJ mengambil alih penyelenggaraan rumah pangsa tersebut dan menanggung kosnya.

BACA LAGI : Rayuan isu pagar palang ditolak Mahkamah Persekutuan: Datuk Bandar MBPJ enggan komen

GMYySoCaYAA4Vdi

Lebih membangkitkan kemarahan apabila mereka terpaksa menunggu lebih tiga jam untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Masalah itu dibangkitkan apabila penduduk-penduduk pangsapuri Blok C dan D di Taman Petaling Utama dipindahkan ke perumahan pangsapuri kos rendah di Taman Petaling Utama.

Kumpulan penduduk itu pada asalnya merupakan penduduk komuniti peneroka bandar di kawasan berhampiran yang dipindahkan di bawah Program Pemindahan Sifar Setinggan kendalian Kerajaan Negeri Selangor pada 2001.

Selain dihimpit isu terbabit, penduduk mendakwa, syarikat pemaju rumah dikatakan tidak menyediakan kemudahan asas seperti pendawaian bumi, peti surat, pili bomba dan tempat letak kenderaan.

Kebanyakan penduduk di pangsapuri terbabit juga merupakan golongan berpendapatan rendah iaitu B40 yang mana mereka tidak mampu membayar caj penyelenggaraan sebanyak RM60 sebulan sekali gus akan menambah beban kewangan mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram