Gaji dinaikkan petanda penjawat awam perlu tingkatkan diri — Cuepacs


  • Primer
  • Rabu, 01 Mei 2024

Adnan sudah tentu berpuas hati dengan langkah progresif diambil kerajaan untuk meningkatkan mutu kehidupan rakyat.

KEPUTUSAN kerajaan untuk meningkatkan gaji penjawat awam sehingga 13 peratus menerima respons baik dengan rata-rata pihak menyokong langkah progresif itu.

Ia turut menerima sokongan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang melihat ia merupakan satu bentuk penghargaan terhadap kira-kira 1.6 juta penjawat awam negara.

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengambil langkah berani dalam mempercepat pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang baharu.

"Peningkatan yang dijangka melebihi 13 peratus itu sudah tentu memberikan kelegaan kepada semua penjawat awam di semua peringkat kerana ia akan meningkatkan gaji bersih boleh guna mereka.

"Tiada sebarang sebab untuk kerajaan tidak meneruskan inisiatif yang berbentuk kebajikan kepada penjawat awam setelah pelbagai khidmat bakti telah dicurahkan kepada rakyat dan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

BACA LAGI: Sumbat pemfitnah kasino Forest City ke penjara — PM Anwar

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim delivering his speech at  the 'Labour Day' celebration at Putrajaya  International Convention Centre in Putrajaya. (1/5/202). —AZHAR MAHFOF/The Star

Pengumuman Perdana Menteri mengenai kenaikan gaji sudah tentu membawa khabar gembira.

BACA LAGI: Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus, pendapatan bulanan cecah RM2,000 — PM Anwar

Bagaimanapun, Adnan tampil menyeru penjawat awam agar terus bersama kerajaan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan sektor ekonomi di samping melaksanakan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab.

"Tingkatkan diri dengan kemahiran yang diperlukan untuk memastikan perkhidmatan awam sentiasa relevan dengan keperluan semasa rakyat dan sektor ekonomi.

"Komitmen tinggi penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan akan memberikan kesan positif kepada negara," katanya.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 memaklumkan keputusan kerajaan pada 8 Mac 2012 berhubung kenaikan gaji sebanyak 13 peratus berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada pegawai kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan pelaksana, manakala kenaikan antara tujuh hingga sembilan peratus bagi pegawai dalam kumpulan pengurusan tertinggi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram