[VIDEO] Boleh sampai bercerai jika ambil risiko suami isteri jadi bisnes ‘partner’


  • Bizz
  • Selasa, 30 Apr 2024

Kini semakin ramai suami isteri yang memilih untuk mengusahakan perniagaan bersama pasangan masing-masing.

KINI semakin ramai suami isteri yang memilih untuk mengusahakan perniagaan bersama pasangan masing-masing.

Baik dalam kalangan selebriti, mahupun orang kebanyakan. Semuanya tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama-sama menaikkan taraf ekonomi keluarga demi masa hadapan yang lebih terjamin.

Antara pasangan selebriti terkemuka tanah air yang menjalankan perniagaan sebagai rakan kongsi termasuk Nadiyah Shahab dan Ben Ali yang menjayakan bisnes makanan dan minuman (F&B), Aeril Zafril dan Wawa Zainal (kosmetik) serta Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Nur Shahida (kosmetik).

Meskipun banyak kelebihan berbisnes suami isteri, namun kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa cabaran dan pengorbanan.

Snapinsta.app_344503138_1066588498057832_286675756195834229_n_1080

Aeril Zafril dan Wawa Zainal merupakan antara pasangan suami isteri yang aktif dalam bidang perniagaan. — Instagram/w4w4_zainal

Banyak sebenarnya dugaan dan suka duka yang perlu ditempuh sekiranya mereka mahu mengembangkan perniagaan dan dalam masa sama mengekalkan keharmonian dalam berrumah tangga.

Menurut pakar dalam bidang perniagaan, Abdul Basit Abdul Rahim, mana-mana perniagaan yang dibangunkan bersama-sama pasangan suami isteri sebagai rakan kongsi pasti akan wujud risiko tersendiri.

"Tidak salah memilih pasangan menjadi rakan kongsi, namun wajib belajar ilmu ini," katanya.

Ujarnya, apabila menjadikan pasangan sebagai rakan perniagaan, ini antara tiga aspek yang perlu dititiberatkan:

BACA LAGI: Tak kedekut ilmu bisnes, ikut rapat 5 anak muda, otai usahawan jika mahu sukses berniaga

BACA LAGI: 'Jangan sembang saja, belajar dulu hasilkan RM1,' nasihat usahawan muda untuk berjaya

1. Cara kerja

Dalam kita menjalankan bisnes, perwatakan dan cara kerja perlu kekal berada di pejabat atau mana-mana lokasi anda bertugas.

Apabila pulang ke rumah, perlu ubah cara kerja kerana di rumah kalian adalah suami isteri, bukan lagi rakan kongsi.

1

Situasi yang paling berisiko adalah jenis suami isteri yang sukar mengawal emosi mereka.

2. Emosi

Isu terbesar apabila bekerja bersama suami isteri ialah emosi, sekiranya anda mampu mengawal emosi, kebiasaannya syarikat berpotensi untuk pergi lebih jauh.

Sepatutnya jika wujud masalah di pejabat, selesaikan di situ, jadi tidak akan timbul sebarang masalah kelak.

Situasi yang paling berisiko adalah jenis suami isteri yang sukar mengawal emosi mereka.

Ada pasangan yang bergaduh di pejabat dan sambung semula pertengkaran tersebut di rumah atau sebaliknya.

Jika begitu, bila nak selesai masalah?

3. Risiko jika berlaku perceraian

Risiko akan berlaku terhadap perniagaan sekiranya berlaku perkara di luar jangka, misalnya anda dan pasangan sudah tidak lagi sehaluan.

Apabila masing-masing memutuskan untuk berpisah, akan timbul persoalan siapa yang akan mengambil alih perniagaan tersebut?

Kebiasaannya pada waktu ini, bisnes boleh jadi ranap jika tidak ada yang mahu mengalah, melainkan ada yang sanggup beralah dan mengundur diri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram