Program Jana Wibawa bermula selepas kelulusan Kabinet — Saksi


Wan Saiful dituduh menerima wang tunai RM6.96 juta melalui akaun bank CIMB syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd.

MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur diberitahu, Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) yang bertindak sebagai inisiatif rangsangan Covid-19 untuk membantu kontraktor Bumiputera hanya bermula selepas mendapat kelulusan Jemaah Menteri.

Memetik laporan FMT pada Isnin, ketika pemeriksaan balas peguam Amer Hamzah Arshad terhadap bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan di Kementerian Kewangan, Datin Rosni Mohd Yusoff, 52, berkata, cadangan itu dikemukakan kementerian tersebut kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan perdana menteri ketika itu.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin memegang tampuk pemerintahan dari 1 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021.

Beliau meletak jawatan selepas Ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepadanya.

BACA LAGI: Jana Wibawa: Azam Baki tidak tolak ada nama lain turut didakwa

abah

Muhyiddin

BACA LAGI: Wan Saiful mengaku tak bersalah terlibat rasuah Jana Wibawa

Bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan didakwa meminta rasuah daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road daripada kerajaan PN terdahulu pada praperingkat kelayakan.

Dia juga dituduh menerima wang tunai RM6.96 juta melalui akaun bank CIMB syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic milik Nepturis sebagai ganjaran membantu syarikat tersebut mendapatkan surat penerimaan bagi projek itu.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur pada April 2022 dan CIMB cawangan Bukit Tunku di Taman Tunku, Bukit Tunku, antara 8 Julai dan 30 September 2022.

Wan Saiful turut didakwa atas 18 pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM5.59 juta dengan memindahkan dan menggunakan hasil haram tersebut untuk membayar pembelian kenderaan, membuat pembayaran kepada Majlis Sukan Negara serta memindahkan wang ke beberapa akaun syarikat, termasuk satu milik Sinar Karangkraf Sdn Bhd.

Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram