'Kaki lucky draw teruja menang perfume mewah'


  • Bizz
  • Rabu, 31 Jan 2024

Azminizam berjaya membawa pulang haruman Paco Rabanne Phantom EDT apabila muncul pemenang mingguan Kempen Langgan dan Menang Majoriti.

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Dengan berpegang pada kata-kata hikmah tersebut, Azminizam Mohamad, 43, tidak pernah berputus asa untuk mencuba nasib menyertai mana-mana peraduan cabutan bertuah yang dianjurkan pelbagai pihak.

Kali ini, sudah tertulis rezekinya untuk diumumkan sebagai pemenang mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Membawa pulang haruman Paco Rabanne Phantom EDT 100 mililiter (ml) sebagai hadiah kemenangan, nampaknya bayaran RM30 setahun sebagai syarat penyertaan tidak sia-sia.

"Saya sertai kempen ini selepas dimaklumkan oleh seorang kawan yang juga pemenang kempen ini.

"Saya memang kaki lucky draw (cabutan bertuah). Sejak 10 tahun lalu, saya dan rakan sering berkongsi informasi sekiranya ada mana-mana pihak yang menganjurkan kempen seperti ini," katanya kepada Majoriti.

Sama seperti pemenang lain, Azminizam turut meluahkan keterujaannya apabila mengetahui peluang untuk merebut hadiah utama berupa sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800 masih terbuka.

BACA LAGI: [VIDEO] Langgan Majoriti RM30 berpeluang rebut hadiah cecah RM5 juta sempena ulang tahun ke-2

Pewangi, percutian ke Lexis Hibiscus Port Dickson dan jam tangan merupakan antara hadiah yang dimenangi oleh pemenang Kempen Langgan dan Menang Majoriti.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Nenek ni yang pukul pekerja kami dulu', pemilik glamping Melaka pertahan tindakan lenjan orang tua pakai kayu

Apatah lagi dirinya ketika ini masih lagi menetap di sebuah rumah sewa di pangsapuri sekitar Semenyih, Selangor bersama isteri dan lima cahaya mata.

"Apabila dapat tahu hadiah utama ialah kondominium, apatah lagi syarat penyertaannya sangat mudah, saya terus melanggan portal berita Majoriti ini pada hujung November lalu.

"Sekiranya berpeluang memenangi kondominium tersebut, ia adalah hadiah terbaik buat kami sekeluarga," katanya yang sudah mendirikan rumah tangga selama 15 tahun.

Berbicara mengenai Majoriti, anak kelahiran Kuala Lumpur itu berkongsi, kesibukan mencari rezeki menyebabkan ada kalanya dia tidak berkesempatan untuk mengikuti perkembangan semasa.

Namun dengan adanya akses kepada portal tersebut, Azminizam mengakui kini lebih mudah untuk dirinya mengetahui tentang isu semasa yang berlaku dalam dan luar negara.

"Maklumat di hujung jari sahaja. Disebabkan waktu saya banyak dihabiskan di luar rumah, saya lebih gemar membaca berita terkini tanah air melalui telefon pintar.

"Saya boleh katakan, Majoriti merupakan antara portal berita yang menyediakan laporan pantas, terkini dan tepat," ujarnya lagi.

Bersempena ulang tahun keduanya, Majoriti melancarkan Kempen Langgan dan Menang dengan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium, baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000, Kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.

Pembaca berpeluang memenangi hadiah ditawarkan apabila mereka menyertai kempen ulang tahun kali ini dengan melakukan langganan eksklusif tahunan bernilai hanya RM30 bermula dari 17 Ogos hingga 20 Disember 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram