Ambil masa singkat menang parfum, kini semangat mahu rebut hadiah utama dalam saat akhir


  • Bizz
  • Sabtu, 16 Dis 2023

Nan Nan Aw Yang merupakan pemenang minggu ke-16 dalam Kempen Langgan dan Menang Majoriti.

MAMPU menjadi pemenang mingguan dalam masa yang singkat, Nan Nan Aw Yang kini menyimpan hasrat untuk memenangi hadiah utama iaitu kondominium LEA by The Hills di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Nan Nan Aw Yang merupakan pemenang mingguan bagi Kempen Langgan dan Menang Majoriti sebelum ini dan berjaya memenangi hadiah minyak wangi Paco Rabanne Lady Million Empire EDP 50 milliliter (ml).

Dia yang berusia 48 tahun meluahkan rasa gembiranya atas kejayaan memperoleh hadiah bernilai RM360 selepas mencuba nasib menyertai peraduan tersebut.

"Saya baru sahaja langgan, tak sampai sebulan sudah menang, ada juga beritahu kawan-kawan," katanya kepada Majoriti.

photo_2023-12-15_20-42-43

Aw Yang berjaya merebut hadiah minyak wangi Paco Rabanne Lady Million Empire EDP 50ml.

Debaran kian sampai ke kemuncak, Aw Yang mengakui dirinya merupakan antara individu yang ternanti-nanti insan bertuah yang bakal diumumkan sebagai pemenang hadiah utama.

Jelas Aw Yang, dia memendam harapan untuk merebut hadiah berkenaan dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi sebelum tamatnya kempen yang diadakan bersempena ulang tahun ke-2 Majoriti.

"Sekarang saya menyewa di rumah teres di kawasan Wangsa Maju, Desa Setapak, Kuala Lumpur.

"Mestilah saya berharap (dapat menang) hadiah utama kerana saya suka melihat pemandangan di persekitaran kondominium LEA by The Hills itu," katanya.

Dalam pada itu, Aw Yang turut memberitahu, dia sering mengambil tahu mengenai perkembangan semasa menerusi laporan yang diterbitkan oleh portal Majoriti.

"Saya suka baca berita semasa untuk tahu isu terkini yang terjadi dalam dan luar negara," katanya.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan ditawarkan termasuk sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram