PEMENANG minggu kelima, Iffah Roslan, 32, mengimpikan untuk meraih hadiah utama berupa e-Gift baucar beli-belah AEON bernilai RM25,000 selepas berjaya diumumkan sebagai pemenang mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Iffah yang merupakan pegawai farmasi berjaya membawa pulang hadiah mingguan berupa minyak wangi berjenama Nina Ricci Nina Rouge EDT 80 ml.
Teruja dengan kemenangan itu, Iffah meluahkan rasa gembira selepas mendapat tahu dia berpeluang untuk merebut empat hadiah utama dengan salah satunya ialah baucar AEON.
"Kalau saya masih ada peluang, saya memang harap menang hadiah baucar AEON sebab saya teringin sangat untuk belanja keluarga dan orang-orang yang kurang berkemampuan.
"Tambahan lagi dengan keadaan sekarang kalau kita tengok ekonomi negara ini pun, ramai terkesan dengan peningkatan kos sara hidup," katanya.
Iffah merupakan salah seorang pemenang kempen Langgan dan Menang minggu kelima.
Sementara itu, Iffah berkata, dia berasa bersyukur kerana buat kali pertama sepanjang menyertai pelbagai peraduan, dia akhirnya dapat bergelar pemenang.
"Teruja sangat, tak pernah lagi bertuah bila masuk mana-mana peraduan, rasa macam mimpi pula bila dapat panggilan telefon beritahu saya menang," katanya.
Iffah mengakui proses untuk memenangi hadiah bagi Kempen Langgan dan Menang Majoriti sangatlah mudah.
"Hanya dengan beberapa langkah yang mudah sangat untuk sertai dan sudah berpeluang menang hadiah menarik.
"Langganan juga cuma guna RM30 sahaja untuk setahun, memang sangat berbaloi," katanya.
Kemenangan yang diperoleh itu turut mendorong dia menceritakan mengenai kempen berkenaan kepada rakan-rakannya selepas dia sendiri berjaya membawa pulang minyak wangi berjenama.
"Peluang menang itu tinggi sebab belum ramai yang sertai, jadi saya memang mahu ajak kawan untuk turut serta kempen ini," katanya.
Iffah turut memuji kandungan portal berita Majoriti setelah membaca artikel yang terdapat dalam portal berita ini.
"Berita yang dikeluarkan sangat diperbaharui, tajuk pun menaik, tiada isi kandungan yang ada maklumat mengelirukan.
"Saya berharap portal berita ini terus maju jaya pada masa depan," katanya.
Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.
Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram