Kakak dah siap rancang jika adik menang hadiah utama lepas keduanya jadi pemenang mingguan


  • Bizz
  • Rabu, 20 Dis 2023

Ainnur Shahirah (kiri) kakak kepada Ainnur Shahidah (kanan) merupakan pemenang mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti.

DEBARAN semakin terasa, penyertaan kempen Langgan dan Menang Majoriti sudah tiba ke penghujung.

Berbaki beberapa jam sahaja lagi untuk pelanggan merebut pelbagai hadiah lumayan termasuk hadiah utama yang disediakan buat individu bertuah.

Para pemenang mingguan juga antara yang mempunyai peluang cerah untuk membawa pulang hadiah idaman tersebut.

Turut meletakkan harapan sama, salah seorang pemenang mingguan bertuah, Ainnur Shahirah Mohd Soeb, 35, dan kakaknya, Ainnur Shahidah Mohd Soeb, 34, yang juga pemenang mingguan kempen.

2398674

Ainnur Shahirah, pemenang minggu ke-12 bersama hadiah mingguannya.

Ainnur Shahirah amat berharap dirinya terpilih sebagai pemenang bertuah sekali gus berpeluang memenangi hadiah utama yang menjadi idaman ramai.

Namun, dia juga mengakui akan berasa gembira sekiranya adiknya itu turut memenangi hadiah tersebut.

"Bila waktu makin dekat, saya berharap sangatlah kalau dapat menang hadiah utama berupa kondo itu.

"Tetapi jika adik saya menang pun, saya gembira juga. Saya akan pastikan dia buat parti raikan rumah baharu setiap hari," katanya kepada Majoriti.

2377249

Ainnur Shahidah, pemenang minggu ke-10.

Kata Ainnur Shahirah, rumah itu juga boleh menggembirakan anak-anak saudaranya kerana boleh bermain di kolam mandi mewah.

Jelasnya lagi, jika bukan kondominium, percutian ke Taiwan juga sudah membuatkan mereka bahagia.

"Kalau dapat percutian ke Taiwan pun sangat bersyukur dan saya pasti adik saya sangat gembira jika dia menang hadiah itu.

"Kalau adik saya tahu, memang dia teruja sangat-sangat sebab belum pernah pergi bercuti sampai ke negara itu," ujarnya lagi.

msg1050426791-20841

Orang ramai berpeluang merebut hadiah lumayan sehingga Rabu.

Bercerita mengenai hadiah mingguan yang dimenangi sebelum ini, pekerja swasta itu turut memberitahu, mereka tidak mensia-siakan hadiah yang diterima dan menggunakannya sebaik mungkin.

Ta beg galas yang dimenangi adiknya sebelum ini sangat membantu dan digunakan setiap hari ketika bekerja.

Malah, hadiah jam tangan eksklusif yang dimenangi Ainnur Shahirah juga digunakannya setiap hari.

"Kami memang guna hadiah yang dimenangi itu, sangat berguna sebab tak perlu susah-susah beli," katanya dalam nada gembira.

Untuk makluman, peluang merebut hadiah mingguan dan utama hanya dibuka sehingga Rabu sahaja.

Antara hadiah lumayan ditawarkan termasuk sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.

Jadi, tak usah berfikir panjang, jom sertai kempen Langgan dan Menang Majoriti untuk merebut hadiah istimewa dengan nilai keseluruhan RM5 juta. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram