PEMENANG minggu kelima kempen Langgan dan Menang Majoriti, Muhammad Fazley Zainal, 34, mengakui pernah berputus asa untuk menyertai sebarang peraduan selepas beberapa percubaannya sebelum ini gagal membuahkan sebarang hasil.
Malah, menurut bapa kepada dua orang anak itu, dia juga pernah mengambil keputusan untuk tidak menyertai mana-mana cabutan bertuah sejak tiga tahun lalu kerana tidak yakin akan mempunyai peluang untuk memenangi peraduan dianjurkan.
Disebabkan itu, sebaik diumumkan sebagai pemenang pada minggu lalu, Fazley mengakui sememangnya agak terkejut dan teruja.
"Terkejut juga sebab saya susah sikit nak dapat hadiah pertandingan macam ini.
"Saya pun secara jujurnya dah lama tak ikut serta peraduan sebab saya rasa dah lama tiada luck.
"Kali terakhir join seingat saya pada 2019," ujarnya menyatakan sudah menyertai puluhan peraduan sebelum tempoh tersebut.
Fazley yang bekerja sebagai eksekutif teknologi maklumat (IT) di Kuala Lumpur berjaya membawa pulang hadiah mingguan berupa Backpack American Tourister Toodle.
Dalam pada itu, dia yang berasal dari Klang, Selangor mengakui tidak menyangka berita kemenangannya itu tiba hanya selepas seminggu dia menyertai peraduan kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Menurut Fazley, selain itu, dia tergerak untuk menyertai kempen berkenaan selepas melihat kepada hadiah utama berupa sebuah unit kondominium yang bernilai lebih RM600,000.
Katanya, sebagai individu yang sentiasa mendapatkan berita secara dalam talian, jumlah langganan yang dikenakan untuk penyertaan juga dilihat sangat berbaloi.
"Kemudian nak cara nak ikut serta pun mudah sebab semuanya secara dalam talian, cuma perlu isi kita punya maklumat dan bayar..
"Paparan laman web untuk penyertaan peraduan pun sangat ringkas dan mudah untuk difahami," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram