PEJAM celik, Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang membuka tirai pada Ogos lalu kini hampir memasuki minggu terakhir.
Kempen yang memberi peluang kepada pembaca Majoriti untuk memiliki hadiah menarik bakal berakhir enam hari lagi.
Lebih mengejutkan, seramai lebih 100 orang yang sudah menerima hadiah mingguan sepanjang 17 minggu kempen ini berjalan.
Mana tidaknya, kempen ini menawarkan hadiah mingguan lumayan dengan hanya membuat langgan eksklusif Majoriti sebanyak RM30.
Bukan sekadar itu, setiap pemenang mingguan turut berpeluang memenangi ganjaran hebat dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta menerusi Kempen Langgan dan Menang.
Antara hadiah mingguan menarik yang boleh dimenangi dalam kempen ini.
Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; Kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998.
Selain itu, terdapat hadiah lain antaranya pakej pelancongan untuk dua orang ke Taiwan bernilai RM10,000 dan tidak terhenti di situ, bagi setiap langganan berjaya, anda akan menerima ganjaran serta-merta; baucar Starbucks bernilai RM10 dan baucar Chef Wan Group of Restaurants bernilai RM30.
Kempen yang berlangsung bermula 17 Ogos lepas juga bagaimanapun akan berakhir pada 20 Disember ini.
Jadi apa tunggu lagi, inilah peluang terakhir untuk sertai dan jangan lupa sebarkan kepada ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan bagi memeriahkan lagi kempen ini! — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram