DUA beradik tidak menyangka keputusan untuk menyertai Kempen Langgan dan Menang Majoriti mendatangkan tuah selepas kedua-duanya berjaya menjadi pemenang dalam peraduan tersebut.
Nur Shahida Simat, 30, dinobatkan sebagai pemenang bagi minggu ke-16, manakala kakaknya, Safliandila Simat terpilih sebagai pemenang minggu ke-17 dan membawa pulang minyak wangi jenama Paco Rabanne Phantom EDT 100 mililiter (ml).
Menurut Nur Shahida, dia pada awalnya memang berniat untuk membawa bapa tercinta bercuti bagi meraikan ulang tahun kelahirannya.
Tuah memihak kepada jurutera itu apabila dia berjaya membawa pulang hadiah berupa pakej percutian ke Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan termasuk sarapan di Premium Pool Villa.
"Sebenarnya, saya memang ada rancang untuk pergi bercuti, tak sangka terpilih sebagai pemenang hadiah ke Port Dickson, dapatlah saya bawa ayah (bercuti) sempena hari jadinya.
"Hari lahir ayah saya (jatuh) pada Januari nanti, jadi saya rancang untuk pergi ke Port Dickson pada bulan tersebut," katanya kepada Majoriti.
Nur Shahida yang masih tinggal bersama keluarga di Meru, Selangor turut meluahkan keinginan untuk merebut hadiah utama iaitu kondominium LEA by The Hills untuk dijadikan sebagai aset pada masa hadapan.
"Saya sekarang bekerja di Petaling Jaya, dekat sahaja dengan kawasan kondominium itu di Taman Melawati, jadi memang seronok kalau ada rezeki menang kondo itu," ujarnya.
Umar Basyir mengidamkan kondominium LEA by The Hills selepas berjaya menjadi salah seorang pemenang dalam kempen ini.
Keinginan untuk membawa pulang hadiah utama itu turut dinyatakan oleh seorang lagi pemenang bagi minggu ke-16, Umar Basyir.
Apatah lagi, pemenang hadiah beg American Tourister itu berhasrat untuk mencari pekerjaan di sekitar kawasan Kuala Lumpur.
"Saya sekarang bekerja dalam bidang khidmat masyarakat di Terengganu, gaji juga tak berapa besar. Jadi kalau dapat menang hadiah utama itu mudahlah untuk saya mencari kerja di sana, rumah sewa juga mahal di kawasan itu," katanya.
Pemuda berusia 28 tahun itu turut meluahkan rasa syukur kerana berjaya menjadi pemenang mingguan kempen tersebut hanya selepas beberapa hari melanggan portal Majoriti.
Dalam pada itu, seorang lagi pemenang, Zahirah Fahrudin Lubis, 23, juga mengakui masih ternanti-nanti pengumuman pemenang utama bagi kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Zahirah yang hanya mencuba nasib tidak menyangka bahawa dirinya masih mempunyai harapan untuk merebut hadiah lumayan yang ditawarkan.
Zahirah, pemenang mingguan bertuah yang sempat menyertai kempen Langgan dan Menang Majoriti.
"Dengan umur saya yang masih muda, kalau dapat menang sebuah rumah memang sangat berbaloi," katanya.
Selain penginapan mewah itu, dia juga tertarik dengan hadiah berupa pakej percutian ke Taiwan.
"Jika dapat, saya ingin menghadiahkan percutian tersebut kepada kakak yang menjadi penguat hidup saya selama ini," tambahnya lagi.
Dalam masa sama, pegawai bank itu menjelaskan, dia menyertai kempen berkenaan atas galakan rakan sekerjanya yang juga merupakan salah seorang pemenang mingguan.
Dia yang sudah melanggan portal Majoriti tanpa ragu-ragu terus menyertai kempen ini.
"Lagipun, harga untuk langganan eksklusif hanyalah sebanyak RM30 setahun, jadi ia amat berbaloi," katanya.
Mohd Hanif Din (baju Melayu kuning) yang merupakan pemenang minggu ke-16.
Kempen yang berlangsung selama 18 minggu bermula 17 Ogos lalu juga akan tamat pada Rabu.
Antara hadiah lumayan ditawarkan termasuk sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.
Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram