Arwah Tok Guru Nik Aziz minat teknologi mesra alam tapi pimpinan baharu kurang political will — Bekas Exco


  • Massa
  • Sabtu, 27 Apr 2024

Selepas tujuh tahun, rakyat mempersoalkan inisiatif perkhidmatan bas elektrik di Kelantan yang sepatutnya dilaksanakan pada 2018.

MALAYSIA menyaksikan lebih banyak pihak cuba meneroka perkhidmatan bas elektrik sebagai salah satu usaha untuk menyediakan pengangkutan awam lebih baik kepada rakyat.

Penggunaan bas tersebut mampu mengurangkan kos bahan bakar sekali gus menghapuskan asap karbon yang semakin banyak dihasilkan akibat peningkatan kenderaan di jalan raya.

Banyak negeri sudah memperkenalkan penggunaan bas tersebut antaranya Perak, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Sabah.

Sama seperti negeri lain, Kelantan juga berhasrat menyediakan perkhidmatan bas elektrik kepada rakyatnya.

Kelantan pada 2017 pernah mengumumkan akan menyediakan bas elektrik dengan kemudahan 40 tempat duduk sebagai pengangkutan awam di bandar Kota Bharu, bermula tahun berikutnya.

Malah, sebuah bas jenis itu yang bernilai RM1.2 juta juga diimport dari China sebagai kajian untuk menentukan laluan sesuai dan lokasi penempatan stesen pengecasan.

BACA LAGI: Nahas helikopter Lumut: Bedah siasat 10 mangsa selesai, penghormatan terakhir di kampung halaman masing-masing

WhatsApp Image 2024-04-27 at 2.17.14 AM (1)

Usaha memperkenalkan bas elektrik adalah sebagai langkah memperkasakan teknologi mesra alam seperti yang ditekankan Nik Abdul Aziz.

BACA LAGI: Senarai lengkap identiti 10 perwira korban nahas helikopter TLDM

Bagaimanapun, selepas tujuh tahun, tiada langsung 'bayangan' bas elektrik yang dilihat berlegar-legar di sekitar ibu negeri Kelantan itu.

Perkembangan tersebut menyebabkan rata-rata penduduk di negeri Cik Siti Wan Kembang mempersoalkan kredibiliti kerajaan negeri dalam menunaikan janji yang dibuat.

Mengulas mengenai situasi itu, bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, usaha memperkenalkan bas elektrik adalah sebagai langkah memperkasakan teknologi mesra alam seperti yang ditekankan Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Tok Guru (Nik Aziz) yang sering menekankan tentang teknologi alam sekitar, beliau pernah berfikir untuk mewujudkan bandar rakyat berbasikal dan mengurangkan penggunaan kenderaan berasap.

"Jadi selaku exco pada masa itu, saya memang buat kajian tentang teknologi hijau dengan syarikat di luar negara seperti China, pada masa itu kami lihat boleh buat bas elektrik di Kelantan.

"Sebenarnya perancangan ini (bas elektrik) bermula sekitar 2016 hingga 2017, ketika itu saya bawa syarikat berkaitan untuk lihat kemungkinan sama ada Kelantan boleh mengaplikasikan perkhidmatan ini," katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2024-04-27 at 2.17.36 AM

Abdullah Mat Nawi

Bagaimanapun ujarnya, perancangan tersebut tidak lagi berjalan seperti dirancang selepas berlaku pertukaran kepimpinan di Kelantan pada tahun 2018.

Beliau berpandangan, kepimpinan selepas itu dilihat seolah-olah tidak mempunyai keinginan politik untuk merealisasikan inisiatif berkenaan.

"Pandangan saya, pemerintah selepas itu kurang menitikberatkan usaha penting seperti ini.

"Aktiviti atau program yang dilaksanakan sepertinya berorientasikan pilihan raya semata-mata.

"Maknanya mereka tekankan apa perkara semasa yang boleh digunakan untuk tarik rakyat dalam pilihan raya," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram