'Dah 2024...', rakyat tanya mana kelibat bas elektrik di Kelantan


  • Massa
  • Jumaat, 26 Apr 2024

Kelantan sebelum ini turut mahu mengikut jejak langkah beberapa negeri lain yang menggunakan bas elektrik sebagai pengangkutan awam. — Agensi

MALAYSIA menyaksikan lebih banyak pihak cuba meneroka perkhidmatan bas elektrik sebagai salah satu usaha untuk menyediakan pengangkutan awam yang lebih baik kepada rakyat.

Penggunaan bas tersebut mampu mengurangkan kos bahan bakar sekali gus menghapuskan asap karbon yang semakin banyak dihasilkan akibat peningkatan kenderaan di jalan raya.

Banyak negeri sudah memperkenalkan penggunaan bas tersebut antaranya Perak, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Sabah.

Sama seperti negeri lain, Kelantan juga berhasrat menyediakan perkhidmatan bas elektrik kepada rakyatnya.

BACA LAGI: Anjuran Rumah Terbuka Kerajaan Selangor ketika penamaan calon langgar akta pilihan raya — Bersih

Bas Elektrik Kelantan

Sebahagian momen ketika bas elektrik menyediakan perkhidmatan percubaan di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 2017. Agensi

BACA LAGI: Bentuk kerajaan perpaduan, Hamas setuju bubar briged Al-Qassam dengan syarat

Kelantan pada 2017 pernah mengumumkan akan menyediakan bas elektrik dengan kemudahan 40 tempat duduk sebagai pengangkutan awam di bandar Kota Bharu, bermula tahun berikutnya.

Malah, sebuah bas jenis itu yang bernilai RM1.2 juta juga diimport dari China sebagai kajian untuk menentukan laluan sesuai dan lokasi penempatan stesen pengecasan.

Bagaimanapun, sehingga kini usaha pihak tertentu dalam menggunakan bas elektrik berkenaan dilihat belum ada sebarang maklum balas yang positif.

Susulan itu, meninjau ruangan komen, segelintir warga maya mula mempersoalkan mengenai kewujudan bas elektrik di Kota Bharu yang tidak mempunyai khabar sehingga hari ini.

"Sekarang dah tahun 2024, masih wujud lagi kah bas elektrik ni sejak dari 2017, baru-baru ni ada pergi Kelantan, tak pernah jumpa pun bas ni di jalan raya Kota Bharu," kata Nurul Aishah Junie Aishah June Nurul.

"Dah siap ke? Tahun lepas pergi Kota Bharu tiada nampak pun, nampak bas biasa saja," kata Anaksaribas Akab.

"Bas biasa pun dah berkarat, nak sembang pasal bas elektrik pula," kata Usry Norie.

Difahamkan, kelajuan maksimum bas itu adalah 80 kilometer sejam dan boleh dipandu sejauh 50 kilometer sekiranya dicas untuk tempoh 15 minit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram