“SAYA masih terkejut dan tidak menyangka perkara ini berlaku pada Syawal,” demikian kata isteri kepada pengawal peribadi yang parah dalam insiden tembakan di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1), Sepang, Selangor pada awal pagi Ahad.
Isteri mangsa yang mahu dikenali sebagai Siti Noraida, 28, berkata, sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 2 pagi, dia bergegas ke Hospital Cyberjaya, di mana suaminya menerima rawatan.
"Pihak hospital memaklumkan keadaan suami saya kritikal dan dia perlu intubasi. Saya juga diberitahu ada pendarahan teruk, dan apabila tiba di hospital, dia sukar bernafas. Bagaimanapun, tiada organ penting yang terkena," katanya.
BACA LAGI: Perang dunia ke-3 boleh tercetus jika Israel dibiar terus cabul undang-undang antarabangsa
Suspek utama yang didakwa melepaskan tembakan kepada isterinya di Balai Ketibaan KLIA 1 di Sepang, Selangor pada Ahad dikenal pasti sebagai Hafizul Harawi.
Suri rumah sepenuh masa itu berkata, suaminya ditugaskan sebagai pengawal peribadi sambilan sebelum bulan Ramadan.
Pada masa sama, ibu kepada tiga anak itu juga berharap pihak berkuasa berjaya mengesan suspek dan membawanya ke muka pengadilan.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan berlaku kejadian tembakan di KLIA 1 awal pagi Ahad membabitkan seorang suspek lelaki yang dipercayai melarikan diri ke Utara.
Beliau berkata, kejadian itu berpunca daripada isu peribadi dan tiada kaitan dengan aktiviti atau kumpulan pengganas.
BACA LAGI: [VIDEO] Pangkalan udara Israel jadi sasaran peluru berpandu Iran
Kejadian tembakan di KLIA 1 itu berlaku pada awal pagi Ahad membabitkan seorang suspek lelaki yang dipercayai melarikan diri ke Utara.
Suspek utama itu dikenal pasti sebagai Hafizul Harawi, 38, yang memiliki dua rekod jenayah lampau selain dalam proses penceraian dengan isterinya gara-gara hubungan bermasalah sejak 2016.
Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek dipercayai menggunakan sejnata api jenis pistol separa automatik 9mm dalam kejadian tembakan tersebut.
"Kita percaya senjata itu diperoleh secara haram dari negara jiran," katanya ketika dihubungi The Star.
“Siasatan kami di tempat kejadian menemui dua kelongsong peluru dan satu butir peluru (belum digunakan),” tambahnya.
Razarudin berkata keselamatan di sempadan kini dipertingkatkan susulan kejadian tersebut.
"Anggota kami di... sempadan berada dalam keadaan berjaga-jaga sekiranya dia cuba melarikan diri," tambahnya.
Dalam pada itu, orang ramai digesa untuk tidak mendekati atau mengambil tindakan sendiri sekiranya menjumpai suspek. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram