Ada 3 petunjuk jalan tak jem sampai 12 jam pulang ke ibu kota


  • Massa
  • Sabtu, 13 Apr 2024

Lebuh raya dijangka tidak akan menjadi terlalu sesesak terutamanya pada Ahad. — Gambar hiasan

MEMASUKI hari keempat sambutan Hari Raya Aidilfitri, pastinya lebuh raya sudah mulai sesak dengan kenderaan yang bergerak pulang ke kota.

Melihat situasi itu, orang ramai mula menyuarakan kegusaran dengan keadaan lalu lintas yang dijangka sesak teruk dan tidak mustahil mereka akan berada di atas jalan antara lapan hingga 12 jam, terutamanya pada hujung minggu.

Ini boleh terjadi sekiranya semua perantau memutuskan untuk pulang ke kota pada Ahad.

Bagaimanapun berdasarkan pemerhatian, terdapat kemungkinan besar kesesakan lebuh raya tidak akan menjadi sesesak yang disangka.

Di sini Majoriti kongsikan tiga petunjuk yang boleh diberi pertimbangan:

1. Solat Jumaat tak ramai

BACA LAGI: Pemandu panas punggung, hadap jem 8 hingga 12 jam andai balik beraya Ahad

WhatsApp Image 2024-04-12 at 13.32.32

Bilangan jemaah solat Jumaat sudah mulai berkurangan di sesetengah masjid di kampung.

BACA LAGI: Ketahui jalan alternatif, waktu sesuai elak sesak pulang beraya dengan selamat dan lancar

Kebiasaannya solat Jumaat di masjid-masjid kampung akan penuh dan meriah dengan kehadiran perantau yang pulang desa.

Tidak kira usia tua atau muda, ramai yang akan mengambil kesempatan untuk menunaikan solat Jumaat bersama orang kampung.

Selain solat sunat Aidilfitri, inilah juga masa yang sesuai untuk bertemu kembali sahabat dan kenalan lama yang entah berapa lama tidak bersua.

Namun jika diperhatikan, di kampung-kampung tertentu bilangan jemaah solat Jumaat minggu ini sudah mulai berkurangan.

Situasi ini mungkin juga disebabkan ramai antara mereka yang sudah pulang ke bandar lebih awal.

2. Jalan tidak sesak pada raya ketiga dan keempat

STOK2

Orang ramai boleh bergerak dengan lancar pada hari raya ketiga dan keempat.

Kebiasaannya tahun-tahun sebelum ini, jika kita keluar berjalan dan mengunjungi sanak saudara pada raya ketiga dan keempat, jalan pasti sesak.

Namun disebabkan semangat mahu beraya, ramai yang menggagahkan diri menghadap kesesakan itu.

Agak berbeza dengan suasana pada tahun ini, yang mana bilangan kenderaan di kebanyakan jalan sudah semakin berkurang menjengah ke hari ketiga dan keempat.

Nak dikata lengang, tidak juga, namun perjalanan boleh dianggap lancar.

Ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu petunjuk bahawa kebanyakan warga kota telah pulang ke kediaman masing-masing untuk meneruskan rutin harian.

3. Ramai pulang awal kerana bekerja

The number of staff working at Sunway Mall management office have been significantly reduced to 40 percent during the imposition of the Movement Control Order 3.0 (MCO 3.0). — YAP CHEE HONG/The Star

Penghuni kota memilih untuk pulang lebih awal atas faktor perlu kembali bekerja pada Khamis.

Keadaan lalu lintas di kebanyakan lebuh raya utama dijangka tidak menunjukkan kesesakan luar biasa pada Ahad.

Ia berikutan kebanyakan penghuni kota memilih untuk pulang lebih awal atau secara berperingkat atas faktor perlu kembali bekerja pada Khamis dan Jumaat.

Tambahan pula, ada juga yang berbuat demikian untuk mengelak terperangkap dalam lebuh raya yang sesak.

Mungkin mahu mengambil pengajaran daripada pengalaman sebelum ini, maka ramailah yang merancang untuk pulang awal.

Jadi, tidak mustahil semua kenderaan bergerak dalam keadaan terkawal sepanjang jalan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram