'Perisik' Israel mahu dibicarakan atas 2 pertuduhan miliki senjata


Lelaki warga Israel mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan berhubung kes memiliki enam senjata api dan 158 butir peluru pada Mac lalu.

SEORANG lelaki warga Israel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Jumaat atas dua pertuduhan berhubung kes memiliki enam senjata api dan 158 butir peluru pada Mac lalu.

Sebelum ini, Shalom Avitan, 38, tiba di Kompleks Mahkamah dengan kawalan ketat polis dan dijangka berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki senjata api dan Akta Imigresen 1959/1963.

Mengikut pertuduhan, dia yang memiliki pasport kewarganegaraan Perancis itu didakwa ada dalam milikannya empat kotak yang mengandungi 158 peluru di sebuah bilik hotel di Ampang antara 26 dan 28 Mac lalu.

BACA LAGI: Pemandu panas punggung, hadap jem 8 hingga 12 jam andai balik beraya Ahad

Tertuduh juga memiliki pasport kewarganegaraan Perancis.

BACA LAGI: Ketahui jalan alternatif, waktu sesuai elak sesak pulang beraya dengan selamat dan lancar

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta enam sebatan, jika sabit kesalahan.

"Saya faham, tidak bersalah," ujar Avitan dalam bahasa Inggeris.

Sebelum ini, Avitan dilaporkan ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang dan ditemui bersamanya enam pistol antaranya SIG Sauer, Smith, Wesson serta Glock selain 200 peluru, pasport dari Perancis yang digunakannya untuk memasuki Malaysia dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Mac lalu termasuk pasport Israel. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram