PENDUDUK di sekitar Kuala Kedah, Kedah menyuarakan kegusaran mereka mengenai keadaan Jambatan Tok Pasai yang semakin teruk.
Keadaan jambatan yang mulai retak berisiko mengakibatkan kemalangan serius buat pengguna yang melalui laluan itu.
Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang pengguna dengan nama akaun Dieana Noor Shuhaiba berkongsi situasi terkini jambatan yang menghubungkan Kampung Kubang Rotan, Kampung Kubang Jerangau dengan pekan Kuala Kedah.
Berdasarkan gambar yang dimuat naik pada Khamis, terdapat sebahagian laluan di jambatan itu dilihat sudah retak dan dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan dalam tempoh lama.
Individu itu turut menasihatkan pengguna jalan raya yang lain agar berhati-hati ketika menggunakan jambatan yang dibina sekitar tahun 1991 itu.
BACA LAGI: Pemandu panas punggung, hadap jem 8 hingga 12 jam andai balik beraya Ahad
Jambatan Tok Pasai menghubungkan Kampung Kubang Rotan, Kampung Kubang Jerangau dengan pekan Kuala Kedah.
BACA LAGI: Ketahui jalan alternatif, waktu sesuai elak sesak pulang beraya dengan selamat dan lancar
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya yang juga pengguna Jambatan Tok Pasai meluahkan kebimbangan masing-masing apabila melihat struktur terkini jambatan berkenaan.
Bagi Sharii Eiza KakLong, dia lebih sanggup menggunakan laluan yang lebih jauh berbanding perlu melalui jambatan itu.
"Kes hari itu belum habis buat sepenuhnya, tapi lori (dan kenderaan berat lain) dah lalu.
"Letak palang pun masih ada yang naik juga, (jadi saya) tak berani naik dah lah.
"Sabtu lalu nak balik Gurun lalu ikut Kuala Sungai, jauh pun tak mengapalah, kita tidak tahu bila masa ia nak jadi (runtuh). Tambah pula sekarang jalan tengah jem," katanya.
Menurut Muhd Hafnan pula, dia tidak menolak kemungkinan jambatan itu boleh runtuh dalam masa terdekat.
"Lama dah (jambatan) ini, tunggu masa saja nak runtuh," tulisnya.
"Pakai tutuplah jambatan ini, mereka tak bagi lori naik, tapi gagah juga nak naik, akhirnya kita yang menanggung, dengan nak hadap jem musim perayaan lagi," ujar Myra Ramlele. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram