DEK perkembangan teknologi, sistem keselamatan yang dipasang pada kenderaan masa kini semakin canggih selaras dengan permintaan pengguna.
Ia merupakan antara ciri penting yang dititikberatkan oleh pemandu sebelum memutuskan untuk membeli sesebuah kenderaan.
Bukan hanya mahu terlihat mewah semata-mata, namun ia sebagai salah satu langkah mengurangkan risiko kemalangan di atas jalan raya.
Lagipun bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat?
Seperti video tular yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok @eazyizzuddin pada Rabu, individu itu berkongsi pengalamannya beberapa kali terselamat daripada kemalangan sewaktu menyambut Hari Raya Aidilfitri pada April tahun lalu.
"Satu situasi cemas, baru berani buka walaupun sudah setahun berlalu. Berlaku pada hari raya pertama 2023.
"Ini untuk pengajaran dan iktibar supaya lebih berhati-hati pada waktu akan datang," katanya menerusi kapsyen.
BACA LAGI: Pemandu panas punggung, hadap jem 8 hingga 12 jam andai balik beraya Ahad
Dia turut berkongsi rakaman yang diambil daripada kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) kenderaan jenis Proton X50 yang dinaikinya sewaktu mereka sekeluarga hampir kecelakaan ketika melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Utara.
Katanya, mereka hampir sahaja melanggar sebuah kenderaan jenis Proton Saga berwarna hitam yang brek secara tiba-tiba dipercayai akibat terlepas simpang keluar tol.
"Aku dekat belakang dah gelabah dan blur, hampir sipi nak langgar kereta keluarga. Nasib baik ada AEB (brek kecemasan automatik), ADAS (sistem bantuan pemandu) automatik elakkan perlanggaran kereta.
"Bergolek kami dalam kereta, serius masa ini dah reda kena langgar. Alhamdulillah syukur ada AEB/ADAS Proton X50 Flagship. Tahu-tahu stereng bergerak sendiri dan brek kecemasan," kongsinya.
BACA LAGI: Ketahui jalan alternatif, waktu sesuai elak sesak pulang beraya dengan selamat dan lancar
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji kecanggihan sistem keselamatan pengeluar kereta tempatan tersebut.
"Wah kagum juga dengan buatan tempatan, Alhamdulillah sempat elak," tulis @BangJimmmmm.
"Tahniah Proton X50 Flagship atas kecanggihan sistem keselamatan.
"Untuk penumpang, pakailah tali pinggang keselamatan setiap masa untuk elakkan bergolek-golek atau tercampak ke depan jika berlaku kecemasan," kata @Orkid_Hutan_.
"Orang selalu cakap tidak berbaloi beli kereta-kereta flagship atau high spec ni. Akhirnya video ini dah menjelaskan benda itu berbaloi atau tidak," ujar @sdi_sdqn.
Untuk rekod, kelebihan utama AEB adalah membantu pemandu dalam situasi kecemasan yang disebabkan reaksi manusia yang mungkin terhad atau terlambat.
Ia dapat membantu mengurangkan kecederaan dan kerosakan akibat kemalangan dengan memperlahankan atau mengelakkan perlanggaran sepenuhnya.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram