[VIDEO] Kantoi bagi kekasih gelap ribuan ringgit, YouTuber kena tahan lepas lempang teman lelaki waktu 'livestreaming' dalam kereta


  • Benua
  • Rabu, 10 Apr 2024

Tangkap layar memaparkan tindakan Elisa menampar teman lelakinya beberapa kali ketika melakukan siaran langsung di saluran Youtubenya pada Isnin. — Agensi

SEORANG YouTuber yang juga bekas personaliti rancangan popular di Amerika Syarikat (AS), Howard Stern ditahan selepas tindakannya memukul teman lelakinya tular di media sosial.

Menerusi video siaran langsung di saluran YouTube miliknya pada Isnin, Elisa Jordana dilihat jelas sedang bertengkar bersama seorang lelaki dipercayai kekasihnya semasa sedang memandu kereta di Palm Beach County, Florida.

Ketika siaran langsung tersebut, dia dilihat turut berinteraksi dengan pengguna yang mengikut video tersebut yang memaparkan kehidupan seharian wanita itu.

Menerusi klip sama, Elisa didapati berulang kali menumbuk dan memukul teman lelakinya itu.

Situasi itu difahamkan berlaku selepas dipercayai curang dengan perempuan lain.

Beberapa jam selepas video itu disiarkan ke saluran YouTubenya, Elisa atau nama sebenarnya yang nama sahnya ialah Elisa Ann Schwartz ditangkap oleh Pejabat Syerif Palm Beach dan didakwa dengan kesalahan jenayah pukul.

Strim langsung yang dijalankan selama dua jam itu sudah mendapat lebih daripada 46,000 tontonan di YouTube.

Insiden tegang itu dipercayai bermula selepas pasangan terbabit mula bertengkar mengenai kecurangan dipercayai dilakukan lelaki berkenaan.

BACA LAGI: Logo tapak kasut Vern's tidak menyerupai kalimah ALLAH dalam seni khat — Pakar

WhatsApp Image 2024-04-10 at 9.30.37 PM (2)

Perbuatan Elisa berulang kali memukul Zscorro menyebabkan lelaki tersebut turut bertindak agresif. — Agensi

Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai 'Zscorro' pernah muncul dalam beberapa videonya sebelum ini.

Pada masa sama, Elisa mendakwa teman lelakinya itu juga membayarnya sebanyak satu juta dolar supaya dia tidak memutuskan perhubungan mereka.

Di bahagian awal siaran langsung itu, wanita terbabit dilihat menangis dan mendakwa teman lelakinya itu sudah memberikan ribuan dolar kepada kepada wanita lain.

Situasi menjadi bertambah tegang kekasih gelap teman lelakinya itu turut masuk ke dalam siaran langsung video terbabit.

Susulan daripada itu, Elisa mengugut untuk menyiarkan foto bogel dan nombor telefon wanita terbabit di dalam talian.

Pada masa sama, Zscorro didengar cuba untuk masuk campur dalam perbualan tersebut.

Keadaan terbabit menimbulkan kemarahan Elisa yang segera menumbuknya beberapa kali di bahagian lengan dan bahu.

Susulan daripada itu, hidung Zscorro serta merta menjadi merah dan menyebabkan lelaki tersebut mula melontarkan kata kesat terhadap YouTuber berkenaan.

Elisa seterusnya bertindak lebih agresif termasuk menarik telinga teman lelakinya.

BACA LAGI: Lelaki disyaki 'perisik' Israel didakwa Jumaat ini

WhatsApp Image 2024-04-10 at 9.30.37 PM

Foto dikongsikan pihak berkuasa memaparkan Elisa ditahan pada Selasa. — Agensi

Perbuatan itu menjadikan teman lelakinya mula bertindak ganas dengan menarik rambut dan kepala wanita berkenaan yang kemudiannya mengerang kesakitan.

Zscorro seterusnya memaksa Elisa keluar dari kereta sambil terus memegang rambut YouTuber berkenaan.

Sebaik sahaja keluar dari kereta, lelaki itu dilihat berlari masuk dari arah kerusi pemandu dan segera menamatkan siaran langsung terbabit.

Ekoran daripada insiden yang berlaku, Pejabat Syerif Palm Beach County pada Selasa menyiarkan foto memaparkan Elisa yang sudah ditahan kerana kesalahan pukul.

Pada masa sama, Elisa menerusi satu kenyataan kepada DailyMail.com, turut memohon maaf atas insiden yang berlaku dan menegaskan dia tidak sepatutnya melakukan perbuatan sedemikian.

"Saya hanya ingin mengatakan saya sangat kesal atas apa yang saya berlaku ketika siaran langsung yang dilihat semua orang itu," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram